[10 Hari Terakhir]
PELUANG TAJA IFTAR & BARANG DAPUR UNTUK PELARIAN SYRIA PADA 10 MALAM AKHIR RAMADAN
Rebutlah peluang untuk bersedekah pada malam-malam terakhir Ramadan yang penuh barakah ini sahabat !
Sinar Ramadan di bumi bergolak. Ketika kita di Malaysia sedang meraikan Ramadan yang penuh keberkatan ini, berbeza pula di Syria yang setiap tahun punya krisis masalah negara dan ekonomi sehingga ramai rakyat mereka yang terjejas teruk menjadi pelarian di negara sendiri. Setiap tahun pelarian Syria ini pasti diuji terutama sekali di bulan Ramadan.
Setiap tahun juga kami selalu memikirkan bagaimana persiapan di bulan Ramadan ini untuk mereka? Apakah ada makanan sahur atau berbuka untuk mereka jamah bersama keluarga mereka? Dengan keadaan yang terlalu dhaif, sulit buat mereka di sana.
MVM masih meneruskan lagi misi tahun ini iaitu usaha kemanusiaan untuk menghantar bantuan Ramadan kepada pelarian-pelarian Syria di sempadan Syria-Turki bagi meraikan mereka dengan hadiah persiapan raya dan juadah bersahur dan buka puasa.
Bayangkan mereka disana hidup kais pagi makan pagi tanpa kemudahan asas yang mencukupi. Ramai yang kebuluran malah ada yang mati akibat daripada kekurangan tersebut. Apatah lagi untuk persediaan di bulan Ramadan ini. Cukup membimbangkan.
Justeru itu, tahun 2022 ini, MVM masih meneruskan lagi Misi Bantuan Syria Kami Datang Edisi Ramadan 2022 dengan kerjasama sahabat NGO kami iaitu Malaysia For Syria (MFS), dan Bonyan Organisation demi meraikan saudara-saudara kita di Syria di bulan Ramadan ini.
Objektif misi Ramadan Syria kali ini:
- Memberikan bantuan makanan berbuka puasa kepada golongan pelarian Syria dengan berpaksikan segmentasi MVM Relief bagi meringankan beban mangsa perang di Syria.
- Mengurangkan masalah kelaparan dalam kalangan pelarian Syria selari dengan sasaran Pembangunan Mampan (SDG), sasaran kedua, sifar kelaparan.
- Mengenal pasti bentuk bantuan jangka masa panjang yang boleh diberikan kepada pelarian Syria.
Jumlah Penerima Manfaat : Jangkaan jumlah penerima manfaat adalah sekitar 20,000 orang pelarian Syria dewasa & kanak-kanak.
Lokasi Bantuan :
- Kem-kem pelarian di Idlib & Luar Bandar Aleppo
- Masjid-masjid di Idlib & Luar Bandar Aleppo
- Kem-kem pelarian di Sempadan Turki – Syria
Sudikah anda berkongsi rezeki bersama pelarian Syria ini?
Bantuan Diberikan:
Syria:
- Pek rezeki (Barangan asas dapur) (RM150)
- Pek Iftar dan Sahur (Pek Makanan panas) (RM50)
- Pek Riang Ria (Baju raya & alat mainan untuk anak yatim Syria) (RM100)
- Pek Kebersihan (Sabun, Shampoo etc.) (RM50)
Sasaran keseluruhan kempen : RM300,000.00
- 1 Tajaan Umum : RM30 sahaja / keluarga atau seikhlas hati
Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"
Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no.akaun bank di bawah :
|
Maklumat lanjut:
- Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
- Unit Fundraising MVM : +6017-8074337 (Adawiyah)
IN SHA ALLAH, bantuan ini dapat memberi manfaat kepada 20 000 pelarian Syria demi kelangsungan hidup mereka disana.
Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk menyumbang mana-mana tajaan diatas, kami juga menerima sumbangan ikhlas hati atau hanya bantu "share" kempen ini. Ia amat bermakna buat saudara Syria yang mengharapkan belas ihsan kita semua.
Kami berdoa agar Allah swt membuka hati rakyat Malaysia untuk terus membantu saudara Islam yang menderita seluruh dunia terutamanya di Idlib Syria ini.
Doakan kita sama-sama berpeluang menuai pahala di akhirat kelak. Amin.
“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).