Edisi Ramadan 2022 – Dare To Grow (Bantuan Perniagaan Asnaf)

RM3,279 of RM100,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00

Edisi Ramadan 2022 - Dare To Grow (Bantuan Perniagaan Asnaf)

Bersempena dengan bulan Ramadan ini, MVM buka kempen khas Edisi Ramadan bagi kempen Dare To Grow - Bantuan Perniagaan Asnaf.

MVM ingin membantu peniaga-peniaga asnaf ini menjana pendapatan mereka di bulan Ramadan ini.

Inisiatif MVM menubuhkan SEDC untuk mengiatkan lagi aktiviti kemanusian didalam aspek pembangunan keusahawanan mampan dikalangan kumpulan sasar. Tahun ini adalah tahun ke 2 MVM laksanakan SEDC ini.

Oleh itu, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) melancarkan projek Edisi Ramadan 2022 - Dare To Grow (Bantuan Perniagaan Asnaf) bagi mengumpulkan dana RM100,000 untuk membantu asnaf dan B40 menjalankan perniagaannya dengan lebih baik di bulan Ramadan ini.

Kempen selama enam bulan bermula 20 Mac 2021 akan membabitkan bantuan latihan perniagaan dan up-skilling kepada 30 peniaga kecil daripada golongan asnaf dan berpendapatan rendah (kelompok B40).

Projek ini adalah dengan kerjasama SEDC Sustainable Entrepreneurship Development Centre.

Maklumat Bantuan :

  • Bantuan Latihan Perniagaan Asnaf dan B40
  • Peralatan Bantuan Perniagaan
  • 1 Tajaan : RM 30 atau seikhlas hati
  • Sasaran penerima manfaat : 30 orang
  • Sasaran keseluruhan : RM 100,000.00 

Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd".

Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Harapan kami

Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.

Edisi Ramadan 2022 – Dare To Grow (Bantuan Perniagaan Asnaf)

RM3,279 of RM100,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00