Legasi Kebajikan MVM 2022

RM71,967 of RM1.01 million raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00

BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN,
ALLAH SWT PASTI AKAN BANTU KITA PULA

 

Kita tahu ada sesetengah di kalangan masyarakat kita yang tersepit dalam cabaran hidup terutama sekali golongan asnaf B40 dan miskin bandar. Masih ada diantara mereka yang bertungkus lumus bekerja namun tidak mendapat bayaran yang setimpal. Malah ada juga di kalangan warga emas yang tidak mampu bekerja kerana tiada lagi peluang pekerjaan buat mereka untuk menyara kehidupan mereka.

Justeru itu, dengan rasa tanggungjawab dan prihatin, MVM bertekad untuk meneruskan misi bantuan ini bagi menggerakkan kerja-kerja dan projek kebajikan demi keperluan hidup (makanan dan perubatan) asnaf dan miskin bandar, bencana alam seperti banjir dan gempa bumi dan projek kebajikan sukarelawan seperti aktiviti penambahbaikan dan pembersihan di surau / masjid, rumah-rumah asnaf, pantai-pantai, zoo negara, rumah-rumah kebajikan, rumah-rumah orang tua dan sebagainya.

Setiap projek kebajikan dan kemanusiaan yang dijalankan memerlukan kos operasi dan logistik yang sangat tinggi.

Secara am, dana terkumpul dari Legasi Kebajikan MVM (yang dulu dikenali Tabung Kebajikan MVM) akan disalurkan bagi operasi menggerakkan projek-projek :

  • Bantuan Kesihatan & Perubatan
  • Bantuan Asas Makanan & Pakaian
  • Bantuan Kecemasan & Kemanusiaan
  • Bantuan Ekonomi
  • Bantuan Pendidikan
  • Bantuan Baikpulih Rumah
  • Bantuan Infrastruktur & Tempat Pelindungan
  • Bekalan Utiliti
  • Alam Sekitar & Komuniti
  • Latihan Kesukarelawanan

Tahun lepas sahaja, projek yang MVM telah jalankan adalah sebanyak 262 projek. Bilangan penerima manfaat luar dan dalam negara adalah sebanyak 20,000 penerima. Pada tahun ini pula, kami mensasarkan lebih ramai lagi penerima manfaat yang dapat dibantu.

 

Namun begitu, kos perbelanjaan dalaman dan logistik seperti kos pengangkutan, kos perjalanan, kos peralatan dan kelengkapan keselamatan petugas dan sukarelawan dan lain-lain juga amat tinggi menyebabkan pergerakkan aktiviti bantuan menjadi lebih terhad.

Bagaimana Anda Boleh Bantu?

Kami ingin mengajak orang ramai untuk turut serta menghulurkan sumbangan ke dalam Legasi Kebajikan MVM 2022 agar petugas dan sukarelawan MVM mampu menjalankan kerja-kerja amal kebajikan dan kemanusiaan ini dengan lebih lancar, efektif dan dipermudahkan Allah swt pada bila-bila masa dalam kadar yang segera sepanjang tahun ini. In sha Allah.

Maklumat Bantuan :

  • Sasaran : RM84,000 per-month/ RM1,008,000.00 setahun 
  • 1 tajaan : RM30 atau seikhlas hati

Hulurkan sumbangan anda dengan klik butang "Donate Now"

 

Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no. akaun bank di bawah :

  • Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Reference : Legasi Kebajikan

 

 

Harapan kami

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat." (HR Muslim)

Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyakkan sedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.

Legasi Kebajikan MVM 2022

RM71,967 of RM1.01 million raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00