PROJEK SALAM :
"Anak-anak ini memerlukan bantuan alat pendengaran
supaya mereka boleh membesar dan menjalani pembelajaran
seperti anak-anak normal yang lain"
BANTUAN ALAT PENDENGARAN KEPADA KANAK-KANAK KURANG BERKEMAMPUAN
Pendengaran adalah nikmat sewaktu sihat. Bagi seseorang yang sihat dan normal, deria inilah yang memberi keseimbangan tubuh, keupayaan mendengar dengan jelas dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan baik.
Seiring dengan kebaikan-kebaikan ini, MVM berazam untuk membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran untuk menerima peluang mengubah kehidupan mereka supaya dapat menjalani proses pembelajaran dan tumbesaran yang lebih baik seperti kanak-kanak normal yang lain.
Kos untuk membeli sebuah alat pendengaran adalah sangat tinggi. Seperti yang kita sedia maklum, pendengaran amat penting untuk perkembangan pertuturan dan pembelajaran kanak-kanak.
Kami sangat tersentuh apabila ada kanak-kanak oku pendengaran dari keluarga asnaf yang tidak boleh berkomunikasi dan menjalani kehidupan dengan baik. Kebanyakan puncanya adalah kerana mereka tidak cukup duit untuk membeli alat bantu dengar.
Projek bantuan alat pendengaran yang dinamakan I CAN’T HEAR YOUR VOICE adalah projek kerjasama antara PERTUBUHAN SUKARELAWAN MUSLIM MALAYSIA dan PERSATUAN IBU BAPA ANAK MASALAH PENDENGARAN MALAYSIA atau dikenali sebagai 'Hear Me Malaysia'.
Projek ini dijalankan bagi merealisasikan matlamat bantuan alat peranti pendengaran percuma untuk sepuluh (10) orang kanak-kanak dengan masalah pendengaran pelbagai yang layak di bawah Projek I Can’t Hear Your Voice.
Kami membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut sama menghulurkan sumbangan ikhlas kepada saudara kita yang memerlukan alat bantu dengar ini.
- Sasaran : RM150,000
- 1 tajaan : RM30 atau seikhlas hati
Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"
مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ
“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain melainkan Allah akan menambah kemuliaannya, dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”
[Riwayat Muslim (4689)]
Semoga Allah terima dan redha amal sedekah kita di platform MVM ini. Doakan kami untuk terus berbakti dilapangan kebajikan ini bersama anda yang Allah pilih untuk membaca seruan ini. In sha Allah.
Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no.akaun bank di bawah :
|
*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd".
Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.