" Dengan kaki palsu ni, Mi boleh bantu mak ayah dan
sebar manfaat kepada orang ramai"
BANTUAN KAKI PALSU UNTUK KHAIRUL AZMI
Khairul Azmi adalah seorang pesakit diabetes kronik sejak umur belasan tahun. Khairul terpaksa akur dengan kakinya perlu dipotong bagi mengelakkan kuman pada luka merebak lebih ke atas badan pada Julai 2021.
Sebelum ini, beliau pernah bekerja sebagai pencatat data di syarikat swasta dalam tempoh beberapa tahun. Namun kini dia tidak boleh bekerja atas kondisi kesihatannya.
Beliau sangat memerlukan bantuan kaki palsu untuk bergerak seperti biasa dan berhasrat untuk bekerja bagi menampung sara hidup diri dan keluarga.
Kami membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut sama menghulurkan sumbangan ikhlas kepada saudara kita yang memerlukan ini.
- Sasaran awal : RM20,000
- 1 tajaan : RM30 atau seikhlas hati
Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"
Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no. akaun bank di bawah :
|
Harapan kami
“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat." (HR Muslim)
Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.
Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyakkan sedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.