PUNCA TIDAK DAPAT BELAJAR DENGAN FOKUS ADALAH DARI TIDAK CUKUP MAKAN BERNUTRISI
Ayuh taja makanan dan pendidikan mereka.
Program Feed The Future (FTF) adalah inisiatif Muslim Volunteer Malaysia (MVM) menyalurkan keperluan asas kanak-kanak sebagai intervensi terhadap kekurangan mereka. Sasaran bantuan adalah kanak-kanak miskin bandar berumur 5 hingga 15 tahun. Tumpuan program ini adalah menangani dua isu kritikal dalam kalangan kanak-kanak komuniti berpendapatan rendah (B40) iaitu kekurangan nutrisi dan lemah pendidikan. Manakala, program kesihatan adalah komponen. Inisiatif ini telah dimulakan sejak tahun 2022 bersama AYG dan masih diteruskan sehingga kini.
Objektif program :
- Menyediakan bantuan makanan ringan sihat secara konsisten untuk mengatasi kegagalan fokus sewaktu belajar disebabkan kelaparan.
- Mewujudkan minat dan keyakinan diri kanak-kanak melalui aktiviti pembelajaran tidak formal atau di luar kelas.
- Mempermudahkan akses kesihatan asas secara percuma kepada kanak-kanak yang berkeperluan.
Lokasi program adalah di ruang selamat kendalian AYG di sekitar Lembah Klang:
A. Kelas 3M: Ken Rimba, Kota Damansara, Taman Medan Jaya, Lembah Subang, Bukit Cherakah
B. Kelas Mengaji: Puchong, Desa Mentari, Tanjung Karang
Dalam rezeki anda pasti ada rezeki mereka bersama.
Bagaimana anda boleh membantu anak-anak asnaf ini
hidup lebih maju?
- Sasaran : RM120,000
- Tajaan umum : RM20 atau seikhlas hati
Kami dengan rasa rendah hati ingin mengajak anda untuk memperbanyakkan bersedekah dan bersama-sama kami berkongsi sedikit kebahagiaan bersama rakyat Malaysia yang sedang mengalami penderitaan hidup.
Klik butang "DONATE NOW" untuk meneruskan sumbangan anda.
Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no.akaun bank di bawah :
|
*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking atau QR, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Web Impian Sdn. Bhd".
Web Impian Sdn Bhd adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateway Bayarcash" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.
Pertanyaan lanjut dan tajaan korporat bersama kami boleh hubungi wakil MVM di talian 017-807 4337 (Adawiyah)
“Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.”
(HR. Thabrani).
Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.”
(HR. Bukhari dan Muslim).
Semoga Allah terima dan redha amal sedekah kita di platform MVM ini. Doakan kami untuk terus berbakti dilapangan kebajikan ini bersama anda yang Allah pilih untuk membaca seruan ini. In sha Allah.
Alhamdulillah, kami telah mengagihkan sumbangan kepada 8 cawangan AYG bagi kelas 3M yang akan berlangsung segera.
Antara yang diperlukan oleh mereka adalah biskut, susu kotak, vitamin, alat tulis, dan file untuk simpanan buku latihan. Semua ini akan diberi kepada adik-adik yang menyertai kelas 3M di semua cawangan.
Snek ringan (biskut dan susu) dan vitamin akan diberikan setiap malam semasa kelas 3M sedang berjalan.