Volunteer MVM

RM1,273 of RM10,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM10.00

Pembangunan Sukarelawan

Penglibatan sukarelawan dalam pelbagai program MVM sudah bermula sejak mula-mula organisasi ini ditubuhkan. Daripada suka-suka, ada dikalangan sukarelawan ini yang konsisten di lapangan. Beberapa orang daripadanya pula sudah mengetuai program di negeri mereka antaranya di Perak, Johor, dan Kedah. Bahkan ada yang pernah bersama dalam program antarabangsa.

Setiap tahun MVM berusaha menyediakan pelbagai bengkel dan kursus untuk sukarelawan kami menambah pengetahuan dan kemahiran. Salah satunya adalah kursus induksi sukarelawan – VAN (Volunteer Action Now).

Tahun 2025 ini, MVM mula membawa jaringan yang lebih besar ke dalam kursus VAN.

Tujuan gabungan ini adalah:
1. Menghubungkan sukarelawan dengan beberapa NGO berimpak supaya kepelbagaian intervensi sosial dapat difahami dan disokong oleh sukarelawan.
2. Menjemput golongan profesional untuk menurunkan pelbagai kemahiran kepada sukarelawan.
3. Menyalurkan kemahiran sukarelawan kepada komuniti yang tepat.
4. Menambah kemahiran sukarelawan (komunikasi, adaptasi, kesedaran, pertolongan cemas, dll)

Kempen ini berhasrat untuk membiayai sebahagian kos kursus seperti bayaran peralatan, sewa lokasi, logistik, modul, projek lapangan serta sumbangan kepada speaker jemputan.

Kami ingin mengajak orang ramai untuk turut serta menghulurkan sumbangan ke dalam Kempen Volunteer MVM.

Sedekah anda membantu petugas dan sukarelawan MVM mampu menjalankan kerja-kerja amal kebajikan dan kemanusiaan ini dengan lebih lancar, efektif dan dipermudahkan Allah swt pada bila-bila masa dalam kadar yang segera.

Insha Allah.

 

Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"

 

Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • Reference : Volunteer MVM

 

Harapan kami

Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.

Volunteer MVM

RM1,273 of RM10,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM10.00