“ Assalamualaikum, ni MVM ya?
Saya nak minta bantuan sikit, kami dah tak mampu nak beli barang untuk makan anak-anak.
Kini kami dah mula menerima tajaan barangan asas bagi projek “Rezeki Tetangga”.
Projek Rezeki Tetangga ini diwujudkan setelah kami masih lagi mendapat panggilan untuk mendapatkan bantuan makanan asas yang banyak.
Luluh hati kami setiap kali panggilan sebegini masuk ke corong telefon,
“ Assalamualaikum, ni MVM ya?
Saya nak minta bantuan sikit, kami dah tak mampu nak beli barang untuk makan anak-anak.
Dapat beras sekampit pun jadilah buat alas perut anak-anak”
Lain orang, lain ujian yang Allah swt hantarkan bukan?
Jadi team kami mengambil inisiatif untuk membuka projek “Rezeki Tetangga (RT)” ini sekali lagi.
Anda boleh sumbang “RM100” (1 keluarga 1 bantuan yang terdiri daripada 12 jenis barangan).
Bagaimana anda boleh bantu? :
▶️ Anda yang berdekatan kami, boleh datang dan hantarkan sendiri barangan asas seperti beras, gula, kicap dan lain-lain.
▶️ Jika kalian jauh, sumbangkan RM 100 untuk kami belikan barangan tersebut. |
Tarikh Pengumpulan : Bermula September 2024 sehingga dimaklumkan.
Masa & Tempat Pengumpulan :
📌 Hari : Selasa - Khamis
📌 Waktu : 8.00 pagi - 5 petang
📌Tempat : MVM HQ Puchong Jaya
📌 Hujung Minggu :
👉🏻 Bangi : 012-9232730 (Jie)
👉🏻 Kajang : 010-4237064 (Syafiq)
Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"
Atau anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no.akaun bank di bawah :
Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :
|
Harapan kami
Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.
Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.