Pemulihan Gaza
Harapan yang Masih Menyala
“Barangsiapa yang membantu saudaranya, Allah akan terus membantu dirinya.”
– Hadis Riwayat Muslim
KINI KAMI MENYASARKAN UNTUK AGIHKAN MAKANAN KEPADA MEREKA SETIAP HARI JUMAAT
Alhamdulillah, team disana juga bersetuju dengan cadangan yang diutarakan. Akibat dana yang terhad, agihan makanan hanya mampu untuk menampung 1 minggu 1 kali dan kami memilih agihan pada setiap Jumaat.
1 hari agihan = RM10,000
Anggaran seramai 6,500 - 8,500 orang yang dapat alas perut.

Genoside sudah berakhir tapi mereka masih berduka
Penderitaan itu belum berakhir.
🏚 Rumah-rumah masih runtuh
Ribuan keluarga kehilangan tempat berteduh
👶 Anak-anak kecil hidup dalam trauma peperangan
Apa Yang Kami Lakukan?
Bersama rakan NGO antarabangsa yang sah, kami terus menyalurkan bantuan:
🍞 Makanan harian
💊 Ubat-ubatan & rawatan kecemasan
🧼 Keperluan asas seperti air bersih, selimut, dan lampin bayi Setiap sumbangan disalurkan secara berkala dengan penuh amanah dan ketelusan.
Kenapa Bantuan Anda Sangat Diperlukan?
💔 Rakyat Gaza tidak punya sistem sokongan seperti kita
📦 Keperluan asas masih sukar diperoleh setiap hari
🕌 Sedekah ke Palestin adalah lambang solidariti & kasih sesama Muslim
Hari Ini, Jadilah Sinar Harapan
Setiap ringgit anda adalah bukti kasih dan kepedulian.
Setiap sumbangan adalah doa yang bergerak.
🌿 Mari kita bina kembali Gaza, satu sumbangan pada satu masa.
Klik butang [ DONATE NOW – SAYA NAK BANTU GAZA ]
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :
|
*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking atau QR, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Web Impian Sdn. Bhd".
Web Impian Sdn Bhd adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateway Bayarcash" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.
Pertanyaan lanjut dan tajaan korporat bersama kami boleh hubungi wakil MVM di talian 017-807 4337 (Adawiyah)
Harapan kami
Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.
Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.
LAPORAN IMPAK
Projek Bantuan Kemanusiaan Gaza (2023 – 2026)
Sejak Disember 2023, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) telah melaksanakan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza secara berperingkat, bergantung kepada situasi semasa, akses keselamatan, serta dana yang disumbangkan oleh para penyumbang.
Fokus utama bantuan adalah untuk memastikan mangsa konflik terus menerima keperluan asas seperti makanan, perubatan dan perlindungan.
JUMLAH SUMBANGAN
- Jumlah keseluruhan dana disalurkan: RM183,470.00
- Tempoh pelaksanaan: 2023 – 2026
- Kaedah pelaksanaan: Agihan berperingkat melalui rakan kerjasama di Gaza
LOKASI AGIHAN
Bantuan telah disampaikan ke beberapa kawasan kritikal:
- Khan Yunis
- Deir Al-Balah
- Utara Gaza
- Bandar Gaza
- Rafah
- Hospital Dar Es-Salam
JENIS BANTUAN
Antara bantuan yang telah diagihkan:
- Makanan (pek makanan & hidangan panas)
- Ubat-ubatan
- Air bersih
- Khemah (klinik & pusat pembelajaran)
- Lori tangki air
- Selimut
- Pakaian
- Bantuan khusus kanak-kanak
IMPAK AGIHAN
📦 Bantuan Makanan
Sepanjang tempoh projek:
- Lebih 150,000 pek makanan telah diagihkan
- Agihan dilakukan secara konsisten setiap bulan dan ketika kecemasan
💧 Bantuan Air Bersih
- Memberi manfaat kepada 4,300 penerima
🏕️ Infrastruktur & Perlindungan
- 1 khemah dibina (fungsi sebagai klinik & kelas)
- Sokongan logistik termasuk lori tangki air
🧣 Bantuan Musim Sejuk & Kanak-kanak
- 1,000 helai selimut diagihkan
- 500 kanak-kanak menerima pakaian & bantuan keperluan
PERINCIAN AGIHAN MENGIKUT TAHUN
2023
- 100 pek makanan
- 100 pek ubat-ubatan
📍 Hospital Dar Es-Salam, Khan Yunis
2024 (Deir Al-Balah)
- 8,000 pek (Mac)
- 17,400 pek (April)
- 32,500 pek (Ogos)
- 10,500 pek (Oktober)
- 1,000 pek (November)
- Air bersih: 4,300 penerima
- 1 khemah dibina
2025
- 7,000 pek (Mac) – Utara Gaza & Deir Al-Balah
- 6,500 pek (Ogos)
- 17,000 pek (September)
- 10,000 pek (Oktober)
- 20,000 pek (November)
2026 (Deir Al-Balah)
- 1,000 selimut (Februari)
- 500 kanak-kanak menerima pakaian (Mac)
- 13,000 pek makanan (Mac)
PENUTUP
Setiap sumbangan yang diberikan telah diterjemahkan kepada bantuan nyata di lapangan — daripada makanan panas untuk keluarga yang kelaparan, hingga perlindungan asas untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal.
Pihak MVM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang atas kepercayaan dan sokongan berterusan.



