"Air sudah surut… tapi penderitaan belum."
Sejak hujung November 2025, wilayah Aceh telah dilanda banjir besar dan tanah runtuh akibat hujan ekstrem berpanjangan. Keadaan cuaca yang tidak menentu, aliran sungai yang melimpah serta struktur topografi pergunungan menjadikan bencana ini lebih teruk dan meluas.
Hampir keseluruhan daerah di Aceh terjejas dengan kerosakan besar kepada rumah penduduk, sekolah, jalan raya dan sistem bekalan elektrik. Ribuan keluarga dipindahkan dan terdapat laporan peningkatan risiko penyakit bawaan air akibat persekitaran yang tercemar dan pusat pemindahan yang sesak.
Matlamat utama Muslim Volunteer Malaysia kesana adalah untuk melaksanakan misi bantuan kecemasan pasca banjir besar di Aceh melalui kerjasama strategik bersama rakan NGO tempatan, dengan fokus kepada penghantaran bantuan segera, penilaian lapangan, serta membina hubungan koordinasi jangka panjang untuk sokongan kemanusiaan berterusan.
Agihan sumbangan Fasa 1 ke Aceh telah berjaya dilaksanakan.
Team Muslim Volunteer Malaysia bersama dua orang sukarelawan telah turun sendiri ke kawasan terjejas, meliputi Kabupaten Pidie Jaya dan Kabupaten Bireuën.
Sepanjang berada di lapangan, team menyaksikan sendiri keadaan emosi dan mental mangsa banjir yang sangat pelbagai.
Ada yang menerima ujian ini dengan penuh reda.
Ada yang berada dalam keadaan terdesak, memerlukan bantuan segera.
Tidak kurang juga yang keletihan membersihkan rumah sendiri sehingga menangis.
Trauma turut jelas kelihatan, khususnya dalam kalangan ibu-ibu yang terkesan secara emosi dan fizikal.
Agihan Sumbangan Fasa 2 Sedang Berjalan
Fasa ke-2 misi bantuan ke Aceh kini sedang dilaksanakan. Tempat yang berbeza kami pergi kali ini.
Team Muslim Volunteer Malaysia (MVM) memilih Aceh Utara untuk fasa ke-2 ini dan meneruskan bantuan kepada komuniti yang terkesan, khususnya di kawasan pedalaman.
Bagi fasa ini, fokus bantuan adalah kepada keperluan asas harian, kebersihan, ibadah serta akses komunikasi.
Hasil penilaian keperluan (RNA) yang dijalankan di lapangan mendapati:
-
MVM merupakan NGO luar pertama yang berjaya sampai ke desa berkenaan
-
Desa Sarah Raja dikenal pasti sebagai titik paling hujung di Aceh Utara
-
Kawasan ini merupakan kawasan pedalaman, dengan keadaan geografi dan akses hampir menyerupai penempatan orang asli
-
Keperluan di kawasan pedalaman jauh lebih mendesak, namun sering terlepas pandang
-
Pihak pemerintah menghadapi kelewatan mendapatkan maklumat kerana akses internet hanya diperoleh selepas lebih sebulan bencana berlaku
-
Sehingga kini, bekalan elektrik dan air bersih masih belum tersedia
Situasi ini menjelaskan mengapa kehadiran segera di lapangan amat kritikal.
Bantuan yang disalurkan bukan sekadar barangan, tetapi kehadiran, perhatian dan akses asas kepada komuniti yang terlalu lama terpinggir daripada bantuan awal.
Sedekah anda membantu petugas dan sukarelawan MVM mampu menjalankan kerja-kerja amal kebajikan dan kemanusiaan ini dengan lebih lancar, efektif dan dipermudahkan Allah swt.
Insha Allah.
Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :
|
Harapan kami
Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.
Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.
Agihan Sumbangan Fasa ke-2
Agihan sumbangan fasa kali ini telah dilajakkan ke Aceh Utara kerana kami mendapat perkhabaran bahawa disana situasi masih lagi kritikal walaupun telah sebulan bencana terjadi.
Bagi fasa ini, fokus bantuan adalah kepada keperluan asas harian, kebersihan, ibadah serta akses komunikasi, dengan agihan melibatkan:
-
Telekung solat
-
Kain pelikat
-
Hygiene kit lengkap
-
Starlink (akses internet) bagi membantu komunikasi dan penyampaian maklumat
Overview & Hasil Rapid Needs Assessment (RNA) – Fasa 2
Hasil penilaian keperluan (RNA) yang dijalankan di lapangan mendapati:
-
MVM merupakan NGO luar pertama yang berjaya sampai ke desa berkenaan
-
Desa Sarah Raja dikenal pasti sebagai titik paling hujung di Aceh Utara
-
Kawasan ini merupakan kawasan pedalaman, dengan keadaan geografi dan akses hampir menyerupai penempatan orang asli
-
Keperluan di kawasan pedalaman jauh lebih mendesak, namun sering terlepas pandang
-
Pihak pemerintah menghadapi kelewatan mendapatkan maklumat kerana akses internet hanya diperoleh selepas lebih sebulan bencana berlaku
-
Sehingga kini, bekalan elektrik dan air bersih masih belum tersedia


Agihan Sumbangan Fasa Pertama
Alhamdulillah, agihan sumbangan Fasa 1 ke Aceh telah berjaya dilaksanakan.
Team Muslim Volunteer Malaysia bersama dua orang sukarelawan telah turun sendiri ke kawasan terjejas, meliputi Kabupaten Pidie Jaya dan Kabupaten Bireuën.
Sepanjang berada di lapangan, team menyaksikan sendiri keadaan emosi dan mental mangsa banjir yang sangat pelbagai.
Ada yang menerima ujian ini dengan penuh reda.
Ada yang berada dalam keadaan terdesak, memerlukan bantuan segera.
Tidak kurang juga yang keletihan — membersihkan rumah sendiri sehingga menangis.
Trauma turut jelas kelihatan, khususnya dalam kalangan ibu-ibu yang terkesan secara emosi dan fizikal.
Bagi meringankan beban mereka, bantuan asas telah diagihkan merangkumi:
-
Bekalan air bersih
-
Makanan panas
-
Air mineral
-
Makanan ringan, khususnya untuk kanak-kanak dan keluarga di posko



