Al-Quran untuk Aceh

RM1,042 of RM11,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM72.00

Kempen Sedekah Al-Quran untuk Mangsa Banjir Aceh

 

Ketika team Muslim Volunteer Malaysia (MVM) turun ke Aceh, satu perkara sangat menyentuh hati kami.

Di banyak rumah dan surau, Al-Quran turut menjadi mangsa banjir.
Ada yang helaianya tidak lagi boleh diselak kerana terendam air.
Ada yang dipenuhi lumpur dan rosak, tidak lagi sesuai digunakan.

Bagi masyarakat di Aceh, Al-Quran bukan sekadar kitab bacaan.
Ia peneman harian, sumber kekuatan dan pengubat hati ketika diuji.

Atas keperluan ini, MVM membuka Kempen Sedekah Al-Quran untuk Mangsa Banjir Aceh.

Bagi Kampung Lubuk Sidup, sebanyak 100 naskhah Al-Quran diperlukan untuk kegunaan penduduk dan surau setempat.
Selain itu, kami turut menyasarkan 100 naskhah tambahan untuk diagihkan ke sebuah lagi kampung terjejas.

Setiap naskhah yang anda wakafkan akan menjadi:
📖 pengganti kepada Al-Quran yang rosak
🤲 sumber pahala berterusan
❤️ penguat jiwa mereka yang sedang diuji

Semoga sedekah Al-quran ini menjadi cahaya besar buat mereka di Aceh.

 

Al-Quran untuk Aceh

RM1,042 of RM11,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM72.00