Sedekah Daging Buat Aceh
Sempena Hari Raya Korban
Hasil banjir yang melanda Aceh tempoh hari,
masih ramai keluarga terjejas… kehilangan barang keperluan, sumber makanan, dan rasa tenang dalam kehidupan harian.
Hari ini, mereka masih dalam fasa pemulihan.
Dan bagi sebahagian daripada mereka… makanan yang cukup masih menjadi satu keperluan yang belum pasti.
Inilah Peluang Kita Untuk Membantu
Sempena Hari Raya Korban ini, kami di MVM membuka peluang kepada anda untuk menyertai kempen Sedekah Daging buat warga Aceh.
👉 Lembu akan dibeli hasil sumbangan orang ramai
👉 Daging akan diagihkan kepada keluarga yang terkesan dengan banjir
👉 Fokus kepada mereka yang benar-benar memerlukan
Ini bukan daging korban.
Ini adalah daging hasil sedekah khusus untuk mereka yang sedang berjuang meneruskan hidup selepas bencana.
✨ Kenapa Sedekah Daging Ini Sangat Bermakna?
Bagi kita, mungkin daging adalah hidangan biasa.
Tetapi bagi mereka…
🍲 Ia mungkin hidangan istimewa pertama selepas sekian lama
👨👩👧👦 Ia mengembalikan senyuman sebuah keluarga
🤲 Ia tanda bahawa mereka tidak dilupakan
Kadang-kadang, bantuan kecil dari kita…
memberi makna yang sangat besar dalam hidup orang lain.
📍 Sasaran Agihan
Warga terjejas banjir di Aceh.
(Keluarga miskin & mangsa pasca bencana)
Bagaimana Anda Boleh Membantu?
Anda boleh menyumbang seikhlas hati:
- RM10
- RM30
- RM50
- Atau sebarang jumlah yang mampu
Setiap sumbangan anda akan digabungkan untuk membeli lembu dan mengagihkan daging kepada mereka yang memerlukan.
Salurkan Sumbangan Anda Sekarang
Klik butang " DONATE NOW "
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :
|
*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking atau QR, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Web Impian Sdn. Bhd".
Web Impian Sdn Bhd adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateway Bayarcash" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.
Pertanyaan lanjut dan tajaan korporat bersama kami boleh hubungi wakil MVM di talian 017-807 4337 (Adawiyah)
Jangan Tangguh Kebaikan
Mungkin bagi kita, ia sekadar sedekah. Tetapi bagi mereka ini adalah harapan.
Ayuh, kita sama-sama bahagiakan mereka sempena Hari Raya ini. 🤍