Sedekah Makanan & Pendidikan Anak-Anak PPR

Sila pilih amaun dibawah. Anda kemudiannya akan dibawa ke halaman untuk melengkapkan bayaran derma.


Perlukan bantuan?

Kami di MVM sedia membantu anda yang ingin menyumbangkan derma. Jika terdapat sebarang persoalan berkaitan, boleh hubungi wakil kami di talian +6012-235 6854.

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

PUNCA TIDAK DAPAT BELAJAR DENGAN FOKUS ADALAH DARI TIDAK CUKUP MAKAN BERNUTRISI

 Ayuh taja makanan dan pendidikan mereka.

 

Program Feed The Future (FTF) adalah inisiatif Muslim Volunteer Malaysia (MVM) menyalurkan keperluan asas kanak-kanak sebagai intervensi terhadap kekurangan mereka. Sasaran bantuan adalah kanak-kanak miskin bandar berumur 5 hingga 15 tahun. Tumpuan program ini adalah menangani dua isu kritikal dalam kalangan kanak-kanak komuniti berpendapatan rendah (B40) iaitu kekurangan nutrisi dan lemah pendidikan. Manakala, program kesihatan adalah komponen. Inisiatif ini telah dimulakan sejak tahun 2022 bersama AYG dan masih diteruskan sehingga kini.

Objektif program :

  • Menyediakan bantuan makanan ringan sihat secara konsisten untuk mengatasi kegagalan fokus sewaktu belajar disebabkan kelaparan.
  • Mewujudkan minat dan keyakinan diri kanak-kanak melalui aktiviti pembelajaran tidak formal atau di luar kelas.
  • Mempermudahkan akses kesihatan asas secara percuma kepada kanak-kanak yang berkeperluan.

Kami dengan rasa rendah hati ingin mengajak anda untuk memperbanyakkan bersedekah dan bersama-sama kami berkongsi sedikit kebahagiaan bersama rakyat Malaysia yang sedang mengalami penderitaan hidup.

“Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.”
(HR. Thabrani).
Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.”
(HR. Bukhari dan Muslim).

 

Semoga Allah terima dan redha amal sedekah kita di platform MVM ini. Doakan kami untuk terus berbakti dilapangan kebajikan ini bersama anda yang Allah pilih untuk membaca seruan ini. In sha Allah.

 

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking atau QR, anda akan melihat paparan transaksi tertulis “Merchant Name : Web Impian Sdn. Bhd”.

Web Impian Sdn Bhd adalah penyedia sistem pengurusan “Payment Gateway Bayarcash” yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Pertanyaan lanjut dan tajaan korporat bersama kami boleh hubungi wakil MVM di talian 017-807 4337 (Adawiyah)

 


Tuan puan boleh tinggalkan mesej dibawah...