Taja Balai Mengaji Aceh
Bantu bina semula tempat mereka belajar Al-Quran, menuntut ilmu dan berkumpul bersama.
Ketika misi bantuan banjir di Aceh, kami bukan sahaja melihat rumah dan harta benda penduduk yang terjejas. Kami turut melihat bagaimana banjir merosakkan tempat yang menjadi nadi kehidupan komuniti mereka (balai mengaji).
Sebelum banjir, balai mengaji ini menjadi tempat penduduk berkumpul untuk membaca Al-Quran, belajar agama, mengadakan aktiviti komuniti dan berkongsi ilmu bersama.
Namun selepas banjir, lantai kayu balai mengaji tersebut runtuh dan keadaannya kini tidak lagi selamat untuk digunakan.
Bagi kita, mungkin ia hanya sebuah ruang sederhana.
Tetapi bagi mereka, di situlah anak-anak belajar mengenal Al-Quran. Di situlah masyarakat berkumpul menuntut ilmu. Di situlah aktiviti komuniti dijalankan.
Sebab itu, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) membuka kempen Taja Balai Mengaji Aceh untuk membantu membina semula balai mengaji yang telah rosak akibat banjir.
Kami ingin kembalikan semula ruang ini agar masyarakat dapat kembali mengaji, belajar, berkumpul dan menghidupkan aktiviti komuniti seperti sebelum ini.
Apa yang anda bantu?
Sumbangan anda akan membantu membiayai keperluan pembinaan dan pemulihan balai mengaji agar ia kembali menjadi tempat yang selamat dan selesa untuk digunakan oleh masyarakat setempat.
Bayangkan…
Apabila anak-anak kembali duduk membaca Al-Quran di dalamnya,
apabila guru kembali mengajar ilmu agama,
apabila masyarakat kembali berkumpul untuk aktiviti komuniti.
Insya-Allah, setiap kebaikan yang lahir dari tempat itu menjadi pahala yang terus mengalir.
Mungkin kita tidak dapat hadir ke Aceh untuk membina balai itu dengan tangan sendiri.
Tetapi sumbangan kita boleh menjadi sebab balai itu kembali berdiri.
Mari bersama-sama kita hidupkan kembali balai mengaji di Aceh agar ia terus menjadi tempat ilmu, Al-Quran dan kebaikan untuk generasi mereka.
Taja hari ini. Bantu mereka bina semula tempat untuk mengaji dan menuntut ilmu.
Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"
Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no.akaun bank di bawah :
|
Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk menyumbang mana-mana tajaan diatas, kami juga menerima sumbangan ikhlas hati atau hanya bantu "share" kempen ini. Ia amat bermakna buat saudara Syria yang mengharapkan belas ihsan kita semua.