Sedekah Qurban MVM 2019
Sedekah Qurban MVM 2019 adalah sebuah kempen bagi menaja beras kepada penerima manfaat Ibadah Qurban di Malaysia dan Bangladesh yang dikenali sebagai Pek Rezeki.
Keduanya, bantuan dana daripada kempen Sedekah Qurban ini juga bertujuan untuk menggerakkan program Ibadah Qurban seperti kos perjalanan dan operasi supaya ia dapat berjalan dengan lancar demi saudara-saudara pelarian Rohingya di Bangladesh dan juga keluarga miskin di Sabah.
Seramai 13,000 pelarian Rohingya dan 300 keluarga Muslim di Kampung Kauluan, Ranau, Sabah akan menerima manfaat daripada kempen Sedekah Qurban ini. In sha Allah.
Maklumat Bantuan :
- Sasaran : RM60,000
- 1 tajaan : RM30 sahaja atau seberapa sahaja yang termampu
- Tarikh tutup sumbangan : 11 Ogos 2019
Anda juga boleh menghulurkan sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :
- Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
- CIMB Islamik (8602 5378 07)
- Bank Islam (1230 0010 0030 65)
- Affin Bank (1060 2003 8503)
- Email: account@mvm.org.my
Besar harapan kami agar kita sama-sama menghulurkan sumbangan hanya RM30 atau seberapa sahaja yang termampu untuk mereka yang lebih memerlukan ini.
Kami doakan Allah swt memberkati segala usaha kebajikan anda dan dibalas berlipat kali ganda rezeki olehNya. Amin.
Untuk Pertanyaan Lanjut :
- Hubungi Wakil MVM : +6012-235 6854 (Azizi)