Back To School 2025

RM2,270 of RM7,500 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM150.00

BACK TO SCHOOL 2025

Alhamdulillah pada tahun ini MVM sekali lagi membuka kempen 'Back To School'.

Kempen 'Back To School' ini dibuka bertujuan untuk mengumpul dana dari semua pihak bagi membeli barang-barang persekolahan kepada pelajar yang terpilih.

Seramai 50 orang pelajar akan disponsor pada hari tersebut. Pelajar ini tergolong dari keluarga asnaf, ibu atau bapa tunggal & b40.

Seperti yang kita sedia maklum, barang dan uniform sekolah sekarang amat mahal. Tidak semua orang yang mampu membayar kos tersebut.

Untuk pengetahuan, ketua keluarga ini biasanya bekerja sebagai nelayan, penoreh, pengutip buah sawit atau kerja-kerja kampung.

Jadi kami di MVM mengambil inisiatif untuk membayar kos membeli pakaian dan barang sekolah anak-anak dari kalangan keluarga mereka.

Anda boleh sumbang “RM150” (kos untuk 1 orang kanak-kanak).

 

Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"

Atau anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no.akaun bank di bawah :

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • Reference : Back To School

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Encik Syafiq : 010-423 7064

Cik Ta : 013-687 0351

 

Harapan kami

Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.

Bantuan Pasca Banjir “Back To School” Beruas Perak.

Pada 12 Mac 2023, MVM telah berjaya melaksanakan program bantuan pasca banjir iaitu “Back To School” di Beruas Perak.

@richworks_official telah menaja kupon RM 200 kepada penerima bantuan “Back To School” ini

Penerima back to school ini merupakan pelajar yang terkesan akibat bencana banjir yang berlaku tempoh hari.

Agihan bantuan ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Pengkalan Baru.

Turut terlibat sukarelawan MVM yang telah bekerjasama dengan MVM untuk menjayakan program pada hari tersebut.

MVM mengucapkan terima kasih @Richwork kerana telah sudi membantu menaja barangan bantuan di program Back To School Beruas Perak.

Semoga memberi manfaat kepada semua penerima bantuan yang dibantu.

 

Bantuan Pasca Banjir “Back To School” Besut Terengganu

Pada 4 Mac 2023, MVM telah berjaya melaksanakan program bantuan pasca banjir iaitu “Back To School” di Besut Terengganu.

Istimewanya kali ini, program “Back To School” ini ditaja sepenuhnya oleh @yayasanhabibcsr kepada 100 orang pelajar sekolah rendah, merangkumi 10 buah kampung.

Penerima back to school ini merupakan pelajar yang terkesan akibat bencana banjir yang berlaku tempoh hari.

Agihan bantuan ini telah diadakan di Dewan Sivik Pasir Akar, Jerteh Besut Terengganu. Terima kasih JPKK setempat kerana telah bekerjasama dengan MVM untuk menjayakan program pada hari tersebut.

Barangan bantuan yang disalurkan:

🌺 set baju sekolah
🌺 kasut
🌺 beg
🌺 setokin
🌺 set alat tulis
🌺 botol air
🌺 bekal makanan
🌺 pensil mekanikal
🌺 fail buku

MVM mengucapkan terima kasih @yayasanhabibcsr dan JPKK setempat kerana telah sama-sama membantu di dalam program Back To School Besut Terengganu.

Semoga memberi manfaat kepada semua penerima bantuan yang terlibat.

 

Back To School 2025

RM2,270 of RM7,500 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM150.00