Bantu Aira & Asyraf Teruskan Hidup Boleh?
"Mereka dua beradik memang bergantung dengan mesin perubatan ini untuk teruskan hidup."
Hati ibu dan ayah mana yang tidak gundah dan resah apabila memikirkan anak kecil mereka tidak mampu bertahan tanpa mesin yang dipasang dengan tubuh comel mereka.
Aira Arisyah, si kecil berumur 10 bulan ini menghidap penyakit Congenital Central Hypoventilation Syndrome (CCHS) atau lebih dikenali sebagai masalah kegagalan sistem pernafasan ketika tidur. Bukan itu sahaja, Aira turut mengalami sakit jantung berlubang.
.
Derita Aira turut dikongsi oleh abangnya, Haris Asyraf, 5 tahun yang menghidapi penyakit sama sejak lahir lagi. Kedua-dua beradik ini perlu bergantung kepada mesin portable ventilator untuk bernafas setiap hari. Di samping itu, Asyraf pula memerlukan phelgm suction machine bagi menyedut kahak yang tersumbat dalam tiub pernafasan.
Untuk kisah penuh mengenai mereka boleh baca di sini : https://mvm.org.my/activity/bantu-aira-asyraf-teruskan-hidup-boleh
Atas asbab dan rasa ini, kami di MVM membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut sama membantu dengan menderma bagi mengumpul dana pembelian alatan perubatan buat Aira dan Asyraf.
SUDIKAH ANDA MEMBANTU KEDUA BERADIK INI UNTUK TERUSKAN HIDUP MEREKA?
Bantuan Perubatan buat Aira & Asyraf
- Sasaran : RM7,500
- 1 tajaan : RM10 sahaja
- Tarikh tutup sumbangan : 19 Oktober 2018
Harapan kami agar kita turut sama dapat membantu Aira & Asyraf mendapatkan bantuan perubatan mereka. Mungkin hari ini kita bantu mereka, esok lusa disaat kita dalam kesusahan, Allah akan bantu kita. In sha Allah.
Bantu kami untuk "share" kempen bantuan ini juga agar lebih ramai yang dapat membantu. Semoga Allah memberkati setiap usaha kita bersama. Amin.