Bantuan Perniagaan Asnaf : Berilah Mereka Peluang !
Sejajar dengan misi MVM untuk membangunkan ekonomi asnaf, kami berusaha untuk membantu peniaga-peniaga kecil yang berstatus asnaf agar mereka dapat meneruskan perniagaan dengan lebih baik untuk menampung kos sara hidup keluarga.
Tabung BizStart atau Bantuan Perniagaan Asnaf ini adalah salah satu inisiatif baru oleh MVM untuk membantu golongan kurang berkemampuan dari segi modal membeli peralatan perniagaan.
Bantuan ini dibawah segmentasi program MVM Touch dimana ia hanyalah sekali sahaja dan tidak berfasa.
SUDIKAH ANDA MEMBANTU KAK AZIZAH, KAK SURAYA, DAN CIK ANUAR?
Baca kisah mereka disini : http://bit.ly/asnafniaga
MAKLUMAT BANTUAN :
- Kanopi
- Dapur Tungku Gas
Jumlah dana diperlukan : RM550 sahaja
- Mesin jahit
Jumlah dana diperlukan : RM1000 sahaja
- Dapur Gas
Jumlah dana perlukan : RM850 sahaja
JUMLAH KESELURUHAN : RM2,640
*Jumlah keseluruhan termasuk dana menggerakkan program bantuan ini.
- 1 tajaan : RM30 sahaja
Klik butang "donate" untuk menghulurkan sumbangan ikhlas.
Kami doakan dengan setiap sumbangan yang dihulurkan ini mendapat keberkatan dan diredhai Allah dalam usaha menggerakkan kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan untuk membantu saudara Islam yang lebih memerlukan.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pahalaNya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak” [Al Hadid : 18]