"Air sudah surut… tapi penderitaan belum."
Sehingga kini, lebih 900+ nyawa terkorban ( sehingga 7 Disember 2025). Ribuan rumah hanyut.
Anak kecil tidur di lantai sejuk tanpa selimut.
Ibu kehilangan anak. Suami pulang bawa tubuh tidak bernyawa.
Aceh & Sumatra hari ini bukan lagi tempat seperti sebelum hujan turun…
Ini adalah ujian besar untuk saudara kita di seberang laut.
Makanan terhad. Akses jalan banyak putus. Bekalan perubatan makin berkurang.
Ratusan nyawa terkorban, ribuan rumah dihanyut banjir, bandar mereka lumpuh sehingga mereka mengishtihar darurat bencana. Misi mencari jenazah yang masih tertimbus lumpur dan hilang masih diteruskan.
Bagai jatuh ditimpa tangga.Sedang mereka berduka dilanda banjir, datang pula tornado yang menerbangkan kampung mereka.
MVM sedang menggerakkan Misi Bantuan Kecemasan ke Indonesia, bekerjasama dengan NGO lokal Global Humanity Network dan Asar Huminity untuk memastikan bantuan sampai terus ke tangan mangsa, bukan sekadar gambar di media.
Keperluan mendesak untuk semua wilayah terlibat sekarang adalah :
- RTE & air bersih (mineral)
- Hygiene kit & first aid kit
- Selimut, toto etc
- Lampu suluh & powerbank (banyak kawasan blackout)
- Khemah untuk berteduh
Team MVM sedang bersiap sedia untuk berangkat — semakin cepat dana terkumpul, semakin cepat team kita turun padang.
🇲🇾 Dari Malaysia → ke Aceh/Sumatera
Satu sumbangan kecil di sini boleh menyelamatkan nyawa di sana.
Kami ingin mengajak orang ramai untuk turut serta menghulurkan sumbangan ke dalam kempen Bencana Sumatera ini.
Para penyumbang akan menerima laporan penggunaan dana selepas misi selesai. (Sila masukkan no whatsapp dan email yang tepat untuk kami hantar laporan terus kepada tuan/puan)
Sedekah anda membantu petugas dan sukarelawan MVM mampu menjalankan kerja-kerja amal kebajikan dan kemanusiaan ini dengan lebih lancar, efektif dan dipermudahkan Allah swt.
Insha Allah.
Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :
|
Harapan kami
Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.
Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.


