Edisi Ramadan 2022 – Projek Salam : Bantuan Perubatan Asnaf

RM19,806 of RM100,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM50.00

Edisi Ramadan 2022 - Projek Salam : Bantuan Perubatan Asnaf

Projek Bantuan Salam adalah merupakan satu inisiatif bantuan servis rawatan, ubat-ubatan dan kelengkapan kesihatan bagi kategori kesihatan fizikal dan kesihatan mental kepada golongan B40 atau mereka yang memerlukan dalam kadar yang segera.

Ia sejajar dengan Sasaran Pembangunan Mampan (SDG) (3) iaitu Good Health and Well Being.

Selain itu, kami di MVM juga telah membuka Program Tajaan Cermin Mata bagi asnaf yang tidak mampu untuk memilikinya. Inshaa Allah dianggarkan seramai 29 orang akan mendapat bantuan cermin mata ini.

20 orang dewasa/warga emas: 19-65 tahun

9 orang kanak-kanak/remaja: 8-17 tahun

Penerima bantuan cermin mata ini kesemuanya dari kalangan asnaf di Program Pure Heart di Manjung, Perak.

Sahabat, Ayuh Bantu Mereka !

Atas rasa belas ihsan dan tanggungjawab,
kami di MVM akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka ini mendapatkan kos servis rawatan, perubatan dan kelengkapan kesihatan untuk mereka yang amat memerlukan.

Maklumat tajaan:

  • 1 Tajaan : RM 20 Sahaja atau seikhlas hati
  • Sasaran Jumlah Keseluruhan : RM 100,000.00

Kategori kesihatan : 

  • Kesihatan fizikal
  • Kesihatan mental

Jenis Barangan Bantuan:

  • Bantuan servis rawatan (RM50)
  • Bantuan ubat-ubatan (RM50)
  • Bantuan peralatan perubatan (RM100)
  • Bantuan cermin mata (RM50)

Klik butang "donate" untuk menghulurkan sumbangan ikhlas anda.

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd".

Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Kami amat berharap bantuan anda dan rakyat Malaysia yang tengah membaca kempen ini sudi untuk sama-sama membantu meringankan bebanan bagi mereka yang memerlukan.

Semoga Allah swt membuka hati kita semua untuk mempermudahkan segala urusan perubatan mereka supaya dapat memudahkan aktiviti seharian mereka dan sihat demi kehidupan yang lebih baik. Amin.

 

Edisi Ramadan 2022 – Projek Salam : Bantuan Perubatan Asnaf

RM19,806 of RM100,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM50.00