[10 Hari Terakhir]
Peluang Untuk Mendapatkan Pahala Berganda Hampir Berakhir...
Ayuh, lipatgandakan amalan sedekah buat mereka yang memerlukan selagi kita masih diberi peluang.
Dalam kegembiraan kita membeli-belah baju raya, menjamu selera juadah berbuka puasa yang enak, dan memeriahkan solat terawih pada malam hari, saya ingin mengajak anda untuk sama-sama merenung berfikir akan nasib rakyat Malaysia yang sedang kesempitan hidup.
Kami di MVM menjadi saksi bagaimana peritnya rasa sebuah kehilangan insan tercinta, musnahnya harta benda dan tertutupnya punca rezeki untuk keluarga yang selama ini pernah gembira, dan bahagia berbuka puasa dan beraya bersama.
Sungguh besar dugaan mereka dan hanya mereka yang melalui dugaan ini sahaja yang mampu faham dan mengerti.
Dalam rezeki anda pasti ada rezeki mereka bersama.
Oleh sebab itu, MVM meneruskan bantuan kepada mereka yang dalam kesusahan pada tahun ini dalam kempen Untukmu Malaysia Edisi Ramadan.
Siapa yang kita akan bantu dalam kempen ini?
- Sahabat-sahabat gelandangan
- Keluarga asnaf B40 di seluruh Malaysia
- Orang asli
- OKU
- Anak-anak yatim
- Warga emas di rumah orang tua
Apa yang kita akan bantu mereka?
- Pek makanan panas berbuka puasa
- Baju raya kanak-kanak
- Barangan asas dapur
Bagaimana anda boleh membantu menceriakan Ramadan dan Raya bersama rakyat Malaysia yang menderita hari ini?
- 1 tajaan umum serendah RM20 sahaja
- Pek Barang Asas dapur - RM150 / keluarga
- Pek Berbuka Puasa - RM100 / keluarga
- Bantuan Shopping Baju Raya - RM200 / keluarga
- Sasaran bantuan : RM500,000
Kami dengan rasa rendah hati ingin mengajak anda untuk memperbanyakkan bersedekah pada malam-malam terakhir Ramadan ini dan bersama-sama kami berkongsi sedikit kebahagiaan bersama rakyat Malaysia yang sedang mengalami penderitaan hidup.
Klik butang "sumbang sekarang" untuk meneruskan sumbangan anda.
Muhasabah 10 Malam Terakhir
Mari sahabat kita muhasabah seketika untuk meningkatkan lagi amal ibadah dan sedekah jariah pada hari-hari terakhir Ramadan ini.
"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata, "Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh.”
(QS. Al-Munafiqun: 10)
Kami doakan Allah terima dan redha amal sedekah kita di platform MVM ini. Doakan kami untuk terus berbakti dilapangan kebajikan ini bersama anda yang Allah pilih untuk membaca seruan ini. In sha Allah.
Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no.akaun bank di bawah :
- Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
- Maybank : 5648 0164 7699
- Reference : Untuk Malaysia Ramadan