PROGRAM BERKHATAN 2025
Inshaa Allah pada 25/1/2025 ini MVM dengan kerjasama Adab Youth Garage dan Megaklinik Zahran akan mengadakan program khatan di Adab Youth Garage, Seksyen 1, Bangi.
Seramai 30 orang kanak-kanak akan disponsor pada hari tersebut. Kanak-kanak ini tergolong dari keluarga miskin bandar.
Seperti yang kita sedia maklum, kos berkhatan sekarang amat mahal. Tidak semua orang yang mampu membayar kos tersebut.
Jadi kami di MVM mengambil inisiatif untuk membayar kos berkhatan anak-anak dari kalangan keluarga miskin bandar yang terpilih.
Anda boleh sumbang “RM180” (kos berkhatan untuk 1 orang kanak-kanak).
Masa & Tempat Pengumpulan :
📌 Hari : Sabtu
📌 Waktu : 8.00 pagi - 5 petang
📌Tempat : Adab Youth Garage, Seksyen 1, Bangi
Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"
Atau anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no.akaun bank di bawah :
Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :
|
Sebarang pertanyaan boleh hubungi : Puan Hana 017-807 4337
Harapan kami
Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.
Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.