Masih Adakah Belas Ihsan Buat Mereka?

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Bantuan Salam : Masih Adakah Belas Ihsan Buat Mereka?

Program Bantuan Salam MVM adalah antara inisiatif MVM dibawah segmentasi program MVM Touch yang bertujuan untuk meringankan beban keluarga penerima bantuan yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan seperti penyakit kronik. MVM berusaha untuk membantu dari segi peralatan perubatan dan keperluan lain yang bersesuaian.

Bantuan ini adalah berkonsepkan bantuan kadar segera dan tidak berfasa (bantuan satu kali sahaja).

Pemilihan keluarga penerima bantuan adalah berdasarkan kepada laporan orang awam yang diterima oleh pihak pengurusan MVM di bawah Unit Salam MVM.

Ermy Suhardy Bin Salleh, merupakan anak tunggal kepada pasangan Salleh Bin Yahya dan Enson Binti Ariffin. Ermy terkena serangan angin ahmar pada Ogos 2018 yang menyebabkan beliau tidak mampu lagi berdiri dan bergerak aktif seperti dulu. Kini, Ermy hanya mampu baring dan duduk di tempat yang sama iaitu di atas sebidang toto di ruang tamu rumahnya.

Kisah lanjut tentang penderitaan hidup Ermy, baca disini: https://mvm.org.my/activity/bantuan-salam-ermy-toto-dan-jet-pejuang

Cerita mengenai Asyraf pula, beliau menghidap penyakit gout yang kronik pada usia 24 tahun adalah sesuatu yang tidak diminta olehnya. Anak sulung daripada 4 orang adik beradik ini tidak lagi mampu menjadi tunjang utama kepada adik-adiknya serta kedua orang tuanya.

Sekitar tahun 2016, Asyraf pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan lutut kaki kanannya tercedera.

Kisah lanjut tentang penderitaan hidup Asyraf, baca disini : https://mvm.org.my/activity/bantuan-salam-gout-tidak-mengenal-usia

SUDIKAH ANDA MEMBANTU ERMY DAN ASYRAF UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK?

Maklumat bantuan :

1) KERUSI RODA HEAVYDUTY (BARIATRIC)

  • Sasaran : 20 orang penyumbang
  • 1 tajaan : RM50 sahaja
  • Jumlah tajaan yang diperlukan : RM1000

2) TILAM SINGLE

  • Sasaran : 20 orang penyumbang
  • 1 tajaan : RM50 sahaja
  • Jumlah tajaan yang diperlukan : RM600

Jumlah dana diperlukan : RM1600

1) KERUSI RODA LIGHTWEIGHT

  • Sasaran : 20 orang penyumbang
  • 1 tajaan : RM30 sahaja
  • Jumlah tajaan yang diperlukan : RM600

2) KATIL & TILAM SINGLE

  • Sasaran : 20 orang penyumbang
  • 1 tajaan : RM20 sahaja
  • Jumlah tajaan yang diperlukan : RM1000

TOTAL SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN : RM3016.00

*Notis penting : Sumbangan termasuk 10% kos menggerakan kempen bantuan ini.

Kami membuka peluang kepada orang ramai untuk turut sama menghulurkan sumbangan ikhlas untuk membantu Ermy dan Asyraf agar dapat meneruskan kehidupan lebih baik.

Kami juga tidak mengehadkan jumlah sumbangan yang hendak diberikan. Anda boleh menghulurkan seberapa sahaja sumbangan ikhlas yang termampu.

Semoga usaha kita ini dapat mendidik hati kita untuk terus membantu tanpa mengira agama, dan bangsa.

Masih Adakah Belas Ihsan Buat Mereka?

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.