Misi Bantuan Hidupkan Rohingya : Pembinaan Sistem Rawatan Air

Kempen telah tamat

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Misi Bantuan Hidupkan Rohingya : Pembinaan Sistem Rawatan Air

Kita semua sedia maklum, etnik Rohingya secara berterusan dihimpit kesusahan. Isu kebersihan terutamanya punca air yang tercemar adalah isu kronik yang melanda kem pelarian Rohingya. Hanya air paip dan air galian bawah tanah yang tidak dirawat dan tercemar menjadi bekalan harian untuk meneruskan kehidupan.

Disebabkan punca air yang tercemar ini, kesihatan mereka terjejas teruk. Banyak penyakit kronik seperti cholera, typhoid, hepatitis E dan cirit birit berdarah dihidapi oleh kebanyakkan pelarian Rohingya. Namun, mereka hanya sekadar mampu merintih dan tidak berdaya untuk buat apa-apa, esok dan lusa perkara sama juga pasti berlaku.

Apakah kita hanya mahu melihat sahaja kesempitan hidup mereka tanpa rasa ingin membantu?

Ayuh hidupkan semula bumi Bangladesh dan berikan mereka sinar kehidupan baru.

Atas keprihatinan isu kemanusiaan ini, Muslim Volunteer Malaysia - MVM bekerjasama dengan IMAM Response & Relief Team - IMARET untuk membina 3 Sistem Rawatan Air Medan di kem pelarian Rohingya di Cox's Bazar, Bangladesh.

SUDIKAH ANDA MENGHULURKAN INFAQ/SEDEKAH HANYA RM30 ATAU SEBERAPA YANG TERMAMPU UNTUK PELARIAN ROHINGYA INI?

Maklumat Bantuan :

  • 1 Tangki : RM66,000
  • Sasaran : 3 buah sistem rawatan air
  • Jumlah Tajaan Diperlukan : RM198,000
  • 1 Tajaan : RM30 sahaja

Penting!

Selepas sumbangan dibuat, mohon email resit sumbangan ke account@mvm.org.my dengan format subjek berikut :

  • Contoh subjek email : SafeWhere

Setiap sumbangan yang tidak dinyatakan TUJUAN/PROGRAM spesifik akan disalurkan ke Tabung Awam Muslim Volunteer Malaysia.


Maklumat lanjut:

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
  • Unit Fundraising MVM : +6012-235 6854

INSHAALLAH, pembinaan sistem rawatan air selamat diminum ini mampu membantu 6000 pelarian Rohingya sehari bagi 1 buah sistem rawatan air.

HARAPAN KAMI, dengan adanya sistem rawatan air ini, ia dapat mengurangkan kadar penyakit berisiko tinggi yang berpunca daripada air tercemar dan memberi kualiti hidup yang lebih baik kepada pelarian Rohingya ini.

Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini. Kami doakan agar setiap sen yang dihulurkan diberkati oleh Allah swt. In sya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin. Jika anda belum berpeluang membantu dalam wang ringgit, anda juga boleh bantu dengan “share” kempen ini.

Misi Bantuan Hidupkan Rohingya : Pembinaan Sistem Rawatan Air

Kempen telah tamat

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.