Misi Bantuan : Peduli Afghanistan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini dilaporkan berkata Afghanistan berdepan krisis kemanusiaan yang meruncing dengan 18.4 juta rakyatnya memerlukan bantuan segera.
Empat puluh peratus daripada 40 juta populasi keseluruhan Afghanistan dilaporkan tidak cukup makan dan keadaan diburukkan lagi dengan krisis ekonomi akibat pembekuan aset dan bantuan dana kepada Afghanistan dari luar negara.
Atas keprihatinan ini, Muslim Volunteer Malaysia bekerjasama dengan Global Peace Mission (GPM) melancarkan Misi Bantuan : Peduli Afghanistan dan menjadi kumpulan NGO pertama dari Malaysia menghantar bantuan ke Afghanistan selepas pertukaran kerajaan di negara bergolak ini.
Kami membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut sama menghulurkan sumbangan ikhlas kepada saudara Islam kita di Afghanistan.
- Sasaran awal : RM250,000
- 1 tajaan : RM30 atau seikhlas hati
- Maklumat Bantuan :
- 1. Barangan makanan asas
- 2. Makanan masakan panas
- 3. Bekalan air bersih
- 4. Bantuan pendidikan
- 5. Bantuan pembangunan ekonomi (Kelas Jahitan)
Lokasi bantuan : Kabul, Herat, Nangarhar, Kunduz, Balkh, Bagrami, Mazar e Syarif, Jalalabad, Paghman, Logar (Pole Alam) Afghanistan
Anggaran jumlah penerima bantuan : Lebih 6,000 pelarian dalaman (IDP) termasuk anak-anak yatim, kanak-kanak, wanita dan warga emas Afghanistan.
Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"
*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd".
Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.
Kami doakan setiap sumbangan yang diberikan menjadi saham akhirat buat anda dan keluarga serta membantu kelangsungan hidup lebih baik untuk saudara Islam di Afghanistan. Amin.