Pure Heart (Jun) - Bantuan Asnaf Miskin Bandar 2021
Pure Heart adalah sebuah program tahunan yang dibawakan khas oleh MVM untuk memberi sedikit keselesaan dan kelegaan kepada keluarga miskin bandar di Malaysia agar dapat meneruskan kehidupan harian.
Projek Pure Heart bertujuan untuk meringankan beban masyarakat Malaysia yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40) dengan purata bulanan dibawah RM 3,860.00 dan menginap di flat kos rendah di sekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.
Objektif Pure Heart MVM 2021:
- Mengurangkan kadar kemiskinan dan masalah kelaparan serta kekurangan zat makanan dikalangan masyarakat miskin bandar disekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.
- Mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat miskin bandar tentang kepentingan pengurusan kewangan dari segi pendapatan, bantuan dan simpanan serta pembangunan insaniah, pendidikan dan kesihatan keluarga.
- Mengurangkan masalah sosial dan isu keselamatan disamping mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli keluarga, golongan penerima manfaat, para sukarelawan dan barisan pekerja MVM.
- Menjadi rujukan data kepada program/bantuan MVM yang lain seperti Bantuan Salam.
Projek ini akan dijalankan sebanyak 2 fasa bermula Februari sehingga Oktober 2021. Fasa 1 akan dijalankan bermula Februari 2021 sehingga Mei 2021, manakala Fasa 2 akan dijalankan bermula Julai 2021 sehingga Oktober 2021.
Tema program bulanan yang akan dijalankan sepanjang fasa projek ini berlangsung:
- Tema pemeriksaan kesihatan fizikal dan mental
- Tema pengurusan kewangan
- Tema asas perniagaan dan pengenalan kepada social business
- Tema kemasyarakatan
Bantuan utama program Pure Heart adalah seperti berikut :
- Barangan asas dapur
- Set kebersihan diri
- Kelengkapan asas keluarga lain-lain
Barangan asas dapur yang diberikan adalah seperti berikut :
- Beras
- Minyak masak
- Gula & garam
- Sayur-sayuran
- Buah-buahan
- Lauk basah (ayam dan/atau lain-lain)
Kriteria Penerima Bantuan :
- Keluarga yang berpendapatan RM4,000 ke bawah untuk seisi keluarga.
- Warganegara Malaysia
- Beragama Islam dan bukan Islam
Pada tahun 2021 ini, MVM mensasarkan bantuan kepada golongan keluarga miskin bandar yang menetap di PPR (flat kos rendah) di sekitar KL dan Selangor.
Program ini berlangsung selama 10 bulan setiap tahun iaitu bermula pada bulan Februari sehingga November. Ia akan dijalankan untuk 2 fasa.
- Lokasi Fasa 1 : Masjid Kota Damansara
- Lokasi Fasa 2 : Sekolah yang berdekatan di PPR Sekitar Kuala Lumpur
Maklumat Tajaan:
- Sasaran = RM22,500 / sebulan
- Sasaran keluarga = 150 keluarga
- 1 Tajaan Pek Barangan dapur = RM150 / keluarga
- 1 Tajaan Umum = RM30 sahaja atau seikhlas hati
Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :
- Maybank : 5648-0164-7699
- CIMB Islamik : 8602 5378 07
- Bank Islam : 1230 0010 0030 65
- Email : account@mvm.org.my
- Reference : Pure Heart MVM
*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd".
Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.
Bagi urusan tajaan korporat, boleh hubungi wakil MVM 017-8074337 (Adawiyah) atau email fund@mvm.org.my.
Hubungi Kami :
Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
- Tel: +603-8074 0434 / 017-8074337
Harapan kami di MVM, dengan adanya bantuan-bantuan ini, ia dapat mengukirkan senyuman bahagia dan membantu mengubah hidup sesebuah keluarga asnaf untuk lebih bersemangat menempuhi cabaran dalam kehidupan mereka.
Kami di MVM juga, berharap agar anda yang tengah membaca ini sudi untuk membantu menaja/sumbangan kepada penerima bantuan ini. Dengan sumbangan ini, ia mampu memberi sinar harapan dan semangat untuk keluarga asnaf ini untuk meneruskan kehidupan dalam situasi ekonomi yang mencabar hari ini.