Feed The Future Ramadan 2023

Ayuh, Sumbang Sekarang Sebelum Ramadan Berakhir Dalam :

00
Hari
00
Jam
00
Minit
00
Saat
Kempen telah tamat
RM61,417 of RM150,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM50.00

ANAK-ANAK MISKIN BANDAR BERISIKO BANTUT PELAJARAN AKIBAT TIDAK CUKUP MAKANAN SIHAT

 

 Ramadan ini, ayuh taja iftar dan moreh untuk mereka.

 

______________________________________________________

 “ Kenapa Kempen Ini Dijalankan?”

 

Kempen Feed The Future ini memfokuskan kepada anak-anak yang tidak dapat cukup makanan bernutrisi lengkap dari kalangan keluarga asnaf dan miskin bandar.

Semasa kami membuat tinjauan, kebanyakan anak ini langsung tidak makan makanan berkhasiat untuk sarapan pagi, tengah hari mahupun malam.

Mereka mengisi perut dengan makan makanan ringan, snek tidak berkhasiat dan juga air berperisa yang tidak sihat.

Antara punca keadaan ini berlaku :

  • Sumber kewangan keluarga yang terhad. 
  • Kos sara hidup yang menekan. 
  • Diabaikan atau tidak dipantau oleh ahli keluarga. 

 

Jika tidak dibendung dari awal, anak-anak ini berisiko :

 

✅ Perkembangan mental terganggu.
✅ Tercicir dalam pelajaran akibat kurang daya tumpuan.
✅ Emosi tidak stabil.
✅ Kesihatan fizikal terjejas.

✅ Mudah mengidap penyakit.

 

Bayangkan, apa akan jadi kepada anak-anak ini seandainya kita tidak bantu mereka? 

______________________________________________________

  “ Siapa Penerima Bantuan & Di Mana Lokasi Agihan?”

 

Sebagai permulaan, kempen ini dianjurkan pada skala kecil terlebih dahulu dengan pemantauan efektif bagi melihat impak dan perkembangan anak-anak ini.
 

  • Seramai 15-30 orang anak-anak asnaf 
  • Di sekitar PPR Kota Damansara

______________________________________________________

  “ Kenapa Anda Perlu Bantu Anak-Anak Ini?”

 

Tidak dinafikan, anak-anak ini adalah pewaris negara kita suatu hari nanti. 

 

Mereka ini perlu dibantu agar isu-isu kritikal seperti masalah mental, fizikal & emosi dapat diatasi seawal mungkin.

 

Jadi, dalam usaha kita membendung masalah di atas, kami percaya pemakanan yang sihat untuk anak-anak asnaf ini perlu dibaiki dan dibantu terlebih dahulu.

______________________________________________________

  “ Bilakah Agihan Bantuan Di Buat?”

 

Bentuk agihan makanan “Feed the Future” edisi Ramadan adalah seperti berikut:

 

  • Pek makanan berbuka puasa 
  • Moreh (kuih-muih, buah dan susu) bagi menggantikan snek ringan.

Pada hari biasa (bukan pada bulan Ramadan), kami menyediakan set makanan tengahari, snek ringan beserta susu dan buah untuk anak-anak

______________________________________________________

  “ Bagaimana Anda Boleh Membantu Anak-Anak Ini?”

Sasaran = RM150,000

Serendah RM 20, anda sudah boleh
menaja 1 orang kanak-kanak asnaf. 

 

Seandainya anda ada lebihan rezeki, anda boleh kongsi rezeki RM 100 ke atas, agar lebih ramai kanak-kanak asnaf dan miskin bandar dapat dibantu.

Siapa tahu, asbab perkongsian rezeki kali ini, anda & ahli keluarga diberi kesihatan yang baik, terhindar daripada musibah dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Amin

 

______________________________________________________


Nabi SAW pernah ditanya,
“Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?”
Nabi SAW menjawab,
“Memberi makan kepada orang lain.”
(HR. Bukhari dan Muslim).

 ______________________________________________________

 

Klik butang "DONATE NOW" untuk meneruskan sumbangan anda.

 

Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no.akaun bank di bawah :

  • Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
  • Maybank : 5648 0164 7699
  • Reference : Feed The Future

 

Semoga Allah terima dan redha amal sedekah kita di platform MVM ini. Doakan kami untuk terus berbakti dilapangan kebajikan ini bersama anda yang Allah pilih untuk membaca seruan ini. In sha Allah.

 

______________________________________________________

 

 

Feed The Future Ramadan 2023

Ayuh, Sumbang Sekarang Sebelum Ramadan Berakhir Dalam :

00
Hari
00
Jam
00
Minit
00
Saat
Kempen telah tamat
RM61,417 of RM150,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM50.00