Ramadan Kita 2.0 : MVM x Deko&Kopi

RM7,598 of RM20,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM500.00

Muslim Volunteer Malaysia bersama Deko & Kopi telah membuka satu kempen sumbangan iftar ramadan bersama iaitu "Ramadan Kita MVM X DEKO KOPI”.

Program Ramadan Kita yang bakal dilaksanakan dapat memberikan kegembiraan serta meringankan beban para pelajar universiti di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur.

Dengan ini diharapkan juga, dapat melahirkan lebih ramai masyarakat yang prihatin dengan keadaan pelajar universiti di kota yang terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Objektif penganjuran Program Ramadan Kita merupakan salah satu inisiatif untuk membantu dan berkongsi rezeki buat pelajar universiti di kota berstatus B40.

Program Ramadan Kita akan berkongsi pek berbuka puasa bersama mereka yang memerlukan. Penerima bantuan ini adalah pelajar-pelajar universiti disekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Jangkaan serahan bantuan adalah sebanyak 2,000 pek berbuka puasa dan akan dilaksanakan pada 27 March 2023 – 14 April 2023.

Justeru itu, Muslim Volunteer Malaysia dengan rendah hati ingin mengajak anda bersama kami dalam menyumbang di kempen ini demi berkongsi makanan untuk mereka berbuka puasa disamping bersama mengejar pahala berlipat-kali ganda di bulan Ramadan penuh keberkatan nanti.

Jenis Bantuan :

  • Iftar Ramadan (Pek Berbuka Puasa)

Tajaan Umum : RM30 atau seikhlas hati

Tarikh tutup sumbangan :  16 April 2023

 

Klik butang "DONATE NOW" untuk hulurkan sumbangan

Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • Reference : Ramadan Kita
  • Email : account@mvm.org.my

 

Harapan kami, semoga dengan bantuan kali ini memberi sedikit keselesaan, meringankan beban dan berkongsi kebahagiaan bersama mereka yang kini sedang diuji dalam kesusahan.

Ramadan Kita 2.0 : MVM x Deko&Kopi

RM7,598 of RM20,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM500.00