Rezeki Ramadan 2026

RM4,902 of RM150,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM10.00

Kempen Rezeki Ramadan 2026

Ramadan adalah bulan penuh rahmat, bulan di mana setiap amal kebaikan dilipatgandakan ganjarannya. Bagi kebanyakan kita, Ramadan disambut dengan hidangan berbuka bersama keluarga, suasana masjid yang meriah dan peluang untuk memperbanyakkan ibadah.

Namun bagi sebahagian keluarga yang kurang berkemampuan, Ramadan hadir dengan cabaran yang berbeza.

Ada yang terpaksa berjimat dengan makanan yang sangat terhad. Ada yang menahan keinginan anak-anak kerana tidak mampu menyediakan makanan yang mencukupi. Bahkan ada yang terpaksa bercatu demi memastikan keluarga dapat terus bertahan.


Perancangan Projek Ramadan Tahun Ini

Melalui kempen ini, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) akan melaksanakan beberapa program bantuan bagi membantu keluarga asnaf dan komuniti yang memerlukan supaya mereka dapat menyambut Ramadan dengan lebih tenang dan bermaruah.

Antara program yang akan dilaksanakan sepanjang Ramadan adalah:

Shopping Ramadan (Cash Voucher)

Agar keluarga asnaf dapat membeli keperluan dapur sendiri,
tanpa rasa rendah diri,
tanpa perlu meminta.

Rewang Komuniti

Menghidupkan semangat gotong-royong,
memberi peluang komuniti menyediakan makanan bersama,
dan mencipta suasana Ramadan yang penuh kasih sayang.

Iftar Komuniti

Hidangan berbuka untuk mereka yang jarang merasa makanan lengkap,
agar tiada yang berbuka dengan air kosong dan sepi.

Shopping Raya

Supaya anak-anak tersenyum di pagi Syawal,
dan ibu ayah tidak perlu memilih antara makan atau baju raya.


🎯 Sasaran Dana: RM150,000

RM150,000 ini bukan sekadar angka.
Ia adalah:

  • Juadah di meja berbuka
  • Senyuman anak kecil di pagi raya
  • Doa tulus seorang ibu
  • Harapan sebuah keluarga untuk terus bertahan

Setiap ringgit yang anda sumbangkan,
adalah bukti bahawa mereka tidak dilupakan.


Jadilah Sebahagian Daripada Kebaikan Ini

Setiap sumbangan yang diberikan bukan sekadar makanan atau barangan keperluan, tetapi juga membawa harapan, kegembiraan dan rasa dihargai kepada mereka yang sedang diuji.

Ramadan ini, kami mengajak anda untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini.

Sekecil mana pun sumbangan anda, ia mampu memberikan perubahan besar dalam kehidupan seseorang.

Semoga setiap sedekah yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berterusan dan diberkati oleh Allah SWT.

Sertai Kempen Rezeki Ramadan 2026 hari ini dan bersama-sama kita sebarkan kebaikan kepada lebih ramai yang memerlukan.

Konsistenkan amalan sedekah anda. Klik butang "Donate Now"

Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648 0164 7699
  • Reference : Sedekah Ramadan

 

Harapan kami

Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.

Rezeki Ramadan 2026

RM4,902 of RM150,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM10.00