"Sedekah Anda Memberi Seribu Makna Buat Mereka Disana.."
Masihkah anda ingat projek wakaf telaga di Cianjur tahun lepas?
Inshaa Allah pihak MVM akan ke Cianjur, Indonesia bagi melawat projek telaga disana.
Telaga dengan kapasiti 8000 liter ini dapat membekalkan bekalan air bersih kepada sekurang-kurangnya 400 orang. Sekaligus memberikan impak yang berpanjangan. Terima Kasih kepada semua dermawan yang telah menyumbang.
Alang-alang kami melawat telaga di sana, kami bercadang untuk menyantuni penduduk di sana.
- Lokasi cadangan: Kampung di kawasan Citeko, terletak antara Bogor dan Cianjur, arah Puncak (tidak masuk ke Kota Bogor).
- Sasaran bantuan: Sekitar 110 pek beras untuk diagihkan kepada 2 kampung termasuk masyarakat setempat dan ibu bapa pelajar di sekolah OKU.
Isu penduduk disana adalah kemiskinan, kekurangan makanan bernutrisi, kebersihan, dan ramai penduduk OKU. Sekolah OKU yang akan menjadi lokasi utama agihan.
- Kos beras lebih kurang RM33 per paket
- Beras 5kg
Kami ingin mengajak orang ramai untuk turut serta menghulurkan sumbangan ke dalam kempen Sedekah Beras.
Sedekah anda membantu petugas dan sukarelawan MVM mampu menjalankan kerja-kerja amal kebajikan dan kemanusiaan ini dengan lebih lancar, efektif dan dipermudahkan Allah swt.
Insha Allah.
Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :
|
Harapan kami
Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.
Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.