Tabung Kebajikan MVM
Tabung Kebajikan MVM adalah salah satu inisiatif untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut serta membantu dalam operasi menggerakkan projek kebajikan dan kemanusiaan anjuran Muslim Volunteer Malaysia.
Antaranya adalah operasi gerak kerja bantuan keperluan hidup (makanan dan perubuatan) asnaf dan miskin bandar, bencana alam seperti banjir dan gempa bumi dan projek kebajikan sukarelawan seperti aktiviti penambahbaikan dan pembersihan di surau / masjid, rumah-rumah asnaf, pantai-pantai, zoo negara, rumah-rumah kebajikan, rumah-rumah orang tua dan sebagainya.
Setiap projek kebajikan dan kemanusiaan yang dijalankan memerlukan kos operasi dan logistik yang sangat tinggi.
Secara am, berikut adalah inisiatif dana terkumpul dari Tabung Kebajikan MVM akan disalurkan bagi operasi menggerakkan projek-projek :
- Bantuan Kesihatan & Perubatan
- Bantuan Asas Makanan & Pakaian
- Bantuan Kecemasan & Kemanusiaan
- Bantuan Ekonomi
- Bantuan Pendidikan
- Bantuan Baikpulih Rumah
- Bantuan Infrastruktur & Tempat Pelindungan
- Bekalan Utiliti
- Alam Sekitar & Komuniti
- Latihan Kesukarelawanan
TERKINI : KOS OPERASI GERAK KERJA BENCANA BANJIR AMAT KRITIKAL
Bencana alam merupakan satu fenomena alam yang tidak boleh dijangka. Setiap kali berlaku bencana alam seperti banjir besar, kami di NGO akan sentiasa bersedia untuk respon dan turun ke lapangan menghantar bantuan dengan kadar yang segera.
Namun begitu, kos perbelanjaan dalaman dan logistik seperti kos pengangkutan, kos perjalanan, kos peralatan dan kelengkapan keselamatan petugas dan sukarelawan dan lain-lain juga amat tinggi menyebabkan pergerakkan aktiviti bantuan menjadi lebih terhad.
Justeru itu, kami ingin mengajak orang ramai untuk turut serta menghulurkan sumbangan ke dalam Tabung Kebajikan MVM agar petugas dan sukarelawan MVM mampu menjalankan kerja-kerja amal kebajikan dan kemanusiaan ini dengan lebih lancar, efektif dan dipermudahkan Allah swt pada bila-bila masa dalam kadar yang segera. In sha Allah.
Maklumat Bantuan :
- Sasaran : RM84,000 per-month/ 1,008,000.00 setahun
- Sasaran penderma : 100,000 orang penderma / setahun
- 1 tajaan : RM30 atau seikhlas hati
Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :
- Maybank : 5648-0164-7699
- CIMB Islamik : 8602 5378 07
- Bank Islam : 1230 0010 0030 65
- Reference : TKM
*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd".
Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.
Harapan kami
Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.
Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.