Tajaan Pembelian & Penyelenggaraan Pacuan 4 Roda Diperlukan Segera untuk Gerak Kerja Misi Kemanusiaan
Jujur hari ini, permohonan bantuan di MVM daripada saudara asnaf dan mereka yang terjejas akibat bencana alam seperti banjir, tanah runtuh baru-baru ini semakin tinggi setiap hari berbanding tahun sebelumnya.
Disebabkan situasi ini, pergerakkan operasi bantuan MVM juga menjadi bertambah sukar dan lambat disebabkan kami tidak mempunyai aset kenderaan pacuan 4 roda untuk kegunaan menghantar bantuan.
Berbeza pada tahun sebelumnya, kami masih menggunakan khidmat servis pengangkutan untuk menghantar bantuan pada skala besar dan juga kenderaan persendirian petugas dan sukarelawan MVM. Namun begitu, ia tidak lagi boleh menampung bebanan logistik penghantaran bantuan untuk tahun ini.
Pada tahun ini, in sha Allah lebih banyak gerak kerja bantuan asnaf B40, OKU, anak-anak yatim, mangsa bencana alam dan rakyat yang memerlukan dijalankan di seluruh Malaysia terutamanya kawasan pendalaman kampung dan orang asli.
Gambar menunjukkan kenderana pacuan 4 roda milik sukarelawan MVM yang mulia untuk digunakan bagi menjalankan kerja-kerja bantuan.
Kami juga menggunakan kenderaan persendirian daripada petugas-petugas dan sukarelawan MVM bagi memastikan penghantaran bantuan berjalan lancar dan efisien. Semoga Allah sahaja membalas jasa baik mereka yang sanggup menggunakan harta benda pensendirian untuk kerja kebajikan.
3 sebab utama kenapa Pacuan 4 Roda ini menjadi satu keperluan tinggi untuk kami pada tahun ini :
- Kami terpaksa menampung kos sewa logistik penghantaran yang tinggi.
- Servis penghantaran seperti van atau lori yang ambil masa lama untuk mengambil dan menghantar barangan bantuan kepada penerima bantuan.
- Khidmat sewa pacuan 4 roda dan bantuan sukarelawan untuk logistik penghantaran adalah terhad dan tidak sentiasa dalam "mode standby" sekiranya berlaku bantuan kecemasan yang perlu tindakan segera.
Akibatnya, bantuan tidak sampai kepada penerima bantuan dalam kadar segera atau ada kalanya terpaksa ditangguhkan dalam tempoh masa yang panjang.
Situasi begini amat mengecewakan kami kerana menjadi amanah kami untuk memastikan setiap sumbangan bantuan dihantarkan dengan selamat, cepat dan efisien kepada semua penerima manfaat.
ALHAMDULILLAH, PACUAN 4 RODA PERTAMA MVM SUDAH BERTUGAS DI LAPANGAN MISI BANTUAN !
Terima kasih kepada anda yang telah menghulurkan sumbangan dalam kempen tajaan Pacuan 4 Roda ini.
In sha Allah, dengan adanya aset Pacuan 4 Roda ini, kami berusaha agar proses kerja-kerja penghantaran barangan sumbangan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, cepat dan efisien.
KAMI MASIH PERLUKAN SOKONGAN BERTERUSAN ANDA !
Kami dengan rendah hati ingin mengajak anda untuk sama-sama hulurkan tajaan ikhlas untuk membolehkan kami menambah aset pengangkutan dan juga menampung kos penyelenggaraan supaya operasi gerak kerja kemanusiaan dilapangan dapat berjalan lebih lancar dan efisien.
Maklumat Tajaan:
- Pembelian & Kos penyelenggaraan Toyota Hilux Double Cab 2.5
- Sasaran : RM 100,000
- Tarikh tutup sumbangan : 31 Disember 2022
Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :
- Maybank : 5648-0164-7699
- CIMB Islamik : 8602 5378 07
- Bank Islam : 1230 0010 0030 65
- Reference : Tajaan Hilux
- Email : account@mvm.org.my
*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd".
Pertanyaan lanjut dan tajaan korporat bersama kami boleh hubungi wakil MVM di talian 017-807 4337 (Adawiyah)
Bantu kami #share kempen tajaan ini agar lebih ramai orang dapat bantu bersama-sama gerak kerja kebajikan. Terima kasih.
Semoga segala usaha kebajikan kita dengan niat ikhlas kerana Allah swt menjadi asbab saham akhirat dan mendapat redha Allah swt. In sha Allah, Amin.
Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat."
(Riwayat Ibnu Majah)