Sila pilih amaun dibawah. Anda kemudiannya akan dibawa ke halaman untuk melengkapkan bayaran derma.
Perlukan bantuan?
Kami di MVM sedia membantu anda yang ingin menyumbangkan derma. Jika terdapat sebarang persoalan berkaitan, boleh hubungi wakil kami di talian +6012-235 6854.Tabung Kebajikan MVM 2023
Tabung Kebajikan MVM adalah salah satu inisiatif untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut serta membantu dalam operasi menggerakkan projek kebajikan dan kemanusiaan anjuran Muslim Volunteer Malaysia.
Muslim Volunteer Malaysia adalah sebuah NGO yang memfokuskan bantuan kepada golongan B40 dan Asnaf yang berpendapatan dibawah RM4,000 seisi rumah dan juga golongan pelarian akibat peperangan dan penindasan diluar negara.
Selain itu, kami juga membangunkan komuniti sukarelawan MVM yang aktif turun padang bagi menjayakan projek-projek MVM sepanjang tahun. Sukarelawan MVM akan menerima latihan asas sukarelawan dan bertindak sebagai duta kecil MVM.
Inisiatif dana terkumpul dari Tabung Kebajikan MVM akan disalurkan bagi operasi menggerakkan projek-projek berikut :
- Bantuan Kesihatan & Perubatan
- Bantuan Asas Makanan & Pakaian
- Bantuan Kecemasan & Kemanusiaan
- Bantuan Ekonomi
- Bantuan Pendidikan
- Bantuan Baikpulih Rumah
- Bantuan Infrastruktur & Tempat Pelindungan
- Bekalan Utiliti
- Alam Sekitar & Komuniti
- Latihan Kesukarelawanan
Maklumat Bantuan :
- Sasaran : RM1,000,000.00 / setahun
- Sasaran penderma : 100,000 orang penderma / setahun
- 1 tajaan : RM10 atau seikhlas hati
Anda boleh menghulurkan sumbangan secara bulanan (auto-debit) untuk tempoh 12 bulan (1 tahun) dengan pilihan berikut :
- RM10
- RM20
- RM30
- RM50
Sumbangan ini dibuat melalui MOLPAY iaitu sebuah sistem online payment gateway yang selamat dan mudah.
Cara Menyumbang :
- Klik pada butang nilai sumbangan (RM10, RM20, RM30, RM50)
- Isi butiran lengkap MOLPAY
- Tanda setuju pada terma & syarat MOLPAY
- Klik pada butang pay online
Harapan kami
Apabila anda turut serta menyokong kempen ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai modal kewangan agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga yang memerlukan dalam dan luar negara.
Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pahalaNya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak” [Al Hadid : 18]