Bantuan Dana Perjalanan & Operasi Misi Bantuan Ramadan 2021: Syria Dan Palestin

RM16,018 of RM40,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00

Bantuan Dana Perjalanan & Operasi Misi Bantuan Ramadan 2021: Syria Dan Palestin

In sha Allah, pada 6 – 27  April 2021 ini, 3 orang petugas Muslim Volunteer Malaysia akan berangkat ke Kem Pelarian Syria di sempadan Turki – Syria dan Gaza, Palestin bagi menghantar sendiri bantuan bagi Misi Bantuan Ramadan 2021 : Syria Dan Palestin.

Petugas kami terdiri daripada 3 unit yang penting bagi memastikan misi ini berjalan lancar iaitu 1 petugas dari unit program dan koordinasi, 1 petugas dari unit media dan 1 petugas dari unit sumber manusia.

Setiap unit memainkan peranan seperti berikut :

  1. Program & Koordinasi : Bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan misi berjalan lancar seperti yang dirancang dan bekerjasama dengan rakan NGO dalam dan luar negara yang turut menjayakan misi ini bersama.
  2. Media : Membuat liputan media dan hebahan aktiviti sebelum, semasa dan selepas misi bantuan dijalankan bagi menyampaikan informasi terkini kepada para penyumbang, sukarelawan dan rakyat Malaysia. Unit media terdiri daripada jurufoto, juruvideo.
  3. Sumber manusia : Bertanggungjawab memastikan pengurusan perjalanan, fasiliti, kewangan dan keselamatan petugas sepanjang misi berlangsung.

Bantu Kami Mengumpul Dana Perjalanan & Pengurusan sebanyak RM40,000

Seperti yang anda sedia maklum, MVM adalah sebuah Non-profit Organisation (NGO) dimana kami perlu mencari dan mengumpul dana bagi menggerakan misi-misi kemanusian dan program kebajikan.

Dana yang diperlukan bukan sahaja untuk dana bantuan kepada mereka yang memerlukan tetapi juga dana pengurusan yang amat kritikal untuk membolehkan kami menguruskan segala misi dan program yang dirancangkan dengan jayanya.

Hal ini amat penting untuk memastikan segala amanah rakyat Malaysia untuk kami sampaikan kepada saudara pelarian Syria dapat diuruskan dengan baik, jujur dan telus.

Atas sebab ini, kami dengan rendah hati memohon bantuan anda untuk menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menampung kos perjalanan dan operasi untuk 3 orang petugas MVM menjalankan amanah dan tanggungjawab di Syria dan Palestin dengan baik.

Maklumat Bantuan :

Dana RM40,000 ini adalah bagi menampung kos perjalanan, penginapan, dan makanan selama 3 minggu misi dijalankan.

  • 1 tajaan : RM30 sahaja
  • Tarikh tutup sumbangan : 7 April 2021

Anda juga boleh menghulurkan sumbangan seberapa sahaja yang termampu iaitu RM100, RM50, RM30, RM10 atau seikhlas hati.

Klik butang "DONATE NOW" untuk hulurkan sumbangan
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Reference : Operasi Misi Ramadan Syria
  • Email : account@mvm.org.my

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Web Impian Sdn. Bhd".

Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Bayarcash" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Boleh send resit sumbangan ke email account@mvm.org.my dengan subjek "Bantuan Dana Perjalanan Ramadan Syria Palestin"

Harapan dan Doa kami

Harapan kami agar ramai yang dapat membantu kami dan sama-sama turut serta mendoakan kejayaan misi kali ini. Kami doakan agar setiap sen yang dihulurkan diberkati oleh Allah swt. In sya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin.

 

Bantuan Dana Perjalanan & Operasi Misi Bantuan Ramadan 2021: Syria Dan Palestin

RM16,018 of RM40,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00