Langgan Newsletter Kami
Dapatkan kisah inspirasi misi kemanusiaan aktiviti sukarelawan dan bagaimana anda boleh berbakti bersama kami.
Kempen ini dibuka bagi membuat persiapan awal jika berlaku sebarang kecemasan di dalam Malaysia dan bantuan awal boleh digerakkan segera dengan adanya dana tersedia.
Bantulah mereka, ringankan beban yang dihadapi. Semoga Allah swt permudahkan segala urusan mereka.
Banjir di Pantai Timur tidak merekodkan sebarang kes kematian setakat ini.
Hujan lebat dan angin kuat di sekitar Terengganu menyebabkan air Sungai melimpah ke tebing dan telah memasuki rumah yang berdekatan. Banjir pada tahun ini adalah dikawasan yang sama seperti tahun lepas.
Selain Terengganu, Kelantan dan Pahang juga turut terjejas banjir awal.
Sebanyak 40 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di 3 negeri iaitu :
Terengganu: 32
Kelantan: 7
Pahang: 1
Oleh itu, kami membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk salurkan dana bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa bencana disana yang memerlukan.
Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"
Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no. akaun bank di bawah :
|
“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat." (HR Muslim)
Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.
Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyakkan sedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.