GAZA DISERANG BERTUBI-TUBI OLEH REJIM ZIONIS!
UPDATE TERKINI :
Alhamdulillah. Genjatan senjata telah di ishtiharkan di kawasan tersebut.
44 ORANG TERKORBAN,15 DARIPADANYA ADALAH KANAK-KANAK,4 WANITA DAN MANAKALA 360 ORANG TERCEDERA SETAKAT INI. (Berkemungkinan akan meningkat jika mangsa yang sedang dirawat tidak dapat diselamatkan)
Pihak Rejim Zionis menyasarkan bom ditempat kediaman penduduk Gaza dan ditempat awam yang menyebabkan ramai terkorban dan cedera termasuk kanak-kanak.
Bayangkan ini adalah anak kita.
Sanggupkah hati seorang ibubapa melihat anaknya tercedera akibat dari serangan?
Mereka berjuang berhabis-habisan dibumi Gaza sekarang ini. Hilang tempat tinggal, ahli keluarga tercedera dan terkorban, anak-anak kecil trauma dan membesar dalam keadaan yang tidak aman.
Atas rasa tanggungjawab dan jihad sebagai umat Islam, kami di Muslim Volunteer Malaysia (MVM) bekerjasama dengan MyAD akan menggerakkan dana kecemasan ini secepat yang mungkin bagi kegunaan kecemasan penduduk di Gaza sekarang.
Dana akan digunakan untuk :
- Keperluan Asas
- Perubatan
- Baik pulih rumah/infra
*** Tajaan Umum: Dana akan digunakan mengikut keperluan semasa di Gaza.
Kami membuka peluang dan mohon bantuan rakyat Malaysia untuk kita sama-sama meringankan bebanan dan penderitaan saudara kita di Gaza yang sedang berjuang sekarang.
Maklumat Bantuan :
- Sasaran : RM50,000
- Tajaan Umum : RM30 atau seikhlas hati
Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"
Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no. akaun bank di bawah :
|
Harapan kami
“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat." (HR Muslim)
Mereka di Gaza berjuang dan berjihad demi Islam, kita disini juga boleh berjihad dengan cara meringankan beban mereka dengan alternatif ini. Semoga Allah swt melihat setiap perjuangan hambaNya ini, Inshaa Allah.
Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyakkan sedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.