DI SEBALIK PINTU
Pada Oktober 2024 yang lalu, Baling merupakan kawasan yang terjejas teruk akan perubahan Monsun Timur Laut yang melanda negara ketika itu.
Sehubungan itu, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) telah bertindak melakukan penilaian awal disamping memberikan bantuan di sekitar Kampung Bawah Gunung, & kampung kampung yang terdapat disekitarnya.
Hasil dari penilaian yang dilakukan, MVM telah berjumpa dengan seorang individu yang terjejas teruk akibat bah banjir yang berlaku.
Puan Zakiah Ismail, 70 Tahun memberitahu bahawa rumahnya telah dinaiki air sebanyak 10 kali, di mana aras ketinggian air yang paling tinggi dicatatkan ialah 1.5 Meter.
Ketika kejadian, mereka terperangkap bersama dua anak & dua cucu sehingga diselamatkan oleh anggota keselamatan dengan bot.
MVM mendapati sebahagian tingkat atas rumahnya sudah tidak selamat diduduki kerana keadaan kayu yang telah rapuh & usang.
Jika keadaan ini dapat dibaikpulih, keluarga beliau mampu menyelamatkan diri & juga barangan peribadi dengan menaiki ke bahagian atas rumah itu.
Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"
Atau anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no.akaun bank di bawah :
Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :
|
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Encik Syafiq : 010-423 7064
Harapan kami
Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.
Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.
Laporan Fasa 1 - 15 Januari sehingga 27 Januari 2025
15 Januari - 20 Januari 2025
Pembekal barangan ‘hardware’ telah hantar sebahagian barangan yang diperlukan oleh tukang kampung yang dikelolai oleh Abang Azhar (Kontraktor) pada Rabu 15 Januari.
Kerja kerja meruntuhkan rumah kayu lama telah berjalan seawal Rabu tersebut, di mana tenaga kerja adalah seramai 5 orang. Sepanjang tempoh ini, meter elektrik telah di ubah, bumbung rumah telah di buka secara berperingkat.
Laporan Fasa 1 - 15 Januari sehingga 27 Januari 2025
21 Januari - 27 Januari 2025
Proses meruntuhkan rumah kayu yang telah rosak selesai dilaksanakan. Pekerja telah mengikat bata dinding di bilik bahagian bawah untuk tutup bahagian belakang bilik bawah. Pekerja juga telah mengorek ‘bucket’ sebagai tapak tiang.
Sehingga 27 Januari 2025, pekerja telah selesai membuat konkrit tapak tiang, & dalam masa yang sama dalam persiapan untuk memasang acuan tiang serta menaikkan bata dinding rumah.