BANTUAN KECEMASAN GEMPA NTT
Saat bumi bergoncang, ramai kehilangan tempat berlindung. Kini, mereka perlukan kita untuk terus bertahan.
Pada 15 Ogos 2026, gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 menggegarkan Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia.
Bencana ini menyebabkan kemusnahan besar dan memaksa ribuan penduduk meninggalkan rumah mereka untuk berlindung di pusat-pusat pengungsian. Menurut laporan BNPB, lebih 5,000 orang masih berada di pengungsian dan puluhan nyawa telah terkorban.
Dalam keadaan ini, keperluan mangsa bukan sekadar tempat untuk berteduh.
Mereka memerlukan makanan, air bersih, barangan keperluan asas, perlindungan sementara serta sokongan kecemasan untuk meneruskan kehidupan selepas bencana.
🤲 MVM Bersama Team Kemanusiaan di Lapangan
Bagi membantu meringankan beban saudara-saudara kita yang terjejas, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) membuka Kempen Bantuan Kecemasan Gempa NTT dengan menyokong gerak kerja pasukan kemanusiaan ASAR Humanity dan Global Humanity Network (GHN) yang sedang turun ke lapangan di kawasan terjejas.
Pasukan di lapangan akan membantu mengenal pasti keperluan mangsa serta menyalurkan bantuan kepada mereka yang paling memerlukan.
Antara keperluan kecemasan yang akan diberi perhatian termasuk:
1. Bantuan alatan kebersihan thru GHN
2. Bantuan medical support thru ASAR
Setiap Sumbangan Anda Akan Sampai Kepada Mereka Yang Memerlukan
Bagi kita, mungkin RM10, RM50 atau RM100 kelihatan kecil.
Tetapi bagi sebuah keluarga yang sedang tidur di tempat pengungsian, RM10 boleh menjadi sebahagian daripada makanan yang mengisi perut.
RM50 boleh membantu menyediakan keperluan asas.
RM100 pula boleh menjadi sebahagian daripada bantuan yang membuatkan sebuah keluarga terasa bahawa mereka tidak bersendirian menghadapi musibah ini.
Kita mungkin tidak berada di sana untuk membantu mengangkat runtuhan.
Kita mungkin tidak dapat berada di sisi mereka ketika gempa berlaku.
Tetapi kita masih mampu menghulurkan tangan dari jauh.
Mari bersama-sama bantu saudara kita di NTT bangkit semula.
Sumbangan anda akan digerakkan melalui usaha kemanusiaan bersama team ASAR Humanity dan GHN di lapangan.
❤️ Ayuh, Hulurkan Bantuan Hari Ini
Berapapun nilainya, setiap sumbangan amat bermakna.
Semoga setiap ringgit yang kita hulurkan menjadi sebab Allah meringankan kesusahan saudara-saudara kita di Nusa Tenggara Timur.
“Dan sesiapa yang menyelamatkan satu nyawa, maka seolah-olah dia telah menyelamatkan seluruh manusia.”
— Surah Al-Ma'idah, 5:32
Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"
 Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan  sumbangan di dalam no.akaun bank di bawah :
|
Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk menyumbang mana-mana tajaan diatas, kami juga menerima sumbangan ikhlas hati atau hanya bantu "share" kempen ini. Ia amat bermakna buat saudara Syria yang mengharapkan belas ihsan kita semua.
