Inteam- Peduli Afghanistan

RM1,800 of RM100,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00

Misi Bantuan : Peduli Afghanistan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini dilaporkan berkata Afghanistan berdepan krisis kemanusiaan yang meruncing dengan 18.4 juta rakyatnya memerlukan bantuan segera.

Empat puluh peratus daripada 40 juta populasi keseluruhan Afghanistan dilaporkan tidak cukup makan dan keadaan diburukkan lagi dengan krisis ekonomi akibat pembekuan aset dan bantuan dana kepada Afghanistan dari luar negara.

Atas keprihatinan ini, Muslim Volunteer Malaysia bekerjasama dengan Global Peace Mission (GPM) melancarkan Misi Bantuan : Peduli Afghanistan dan menjadi kumpulan NGO pertama dari Malaysia menghantar bantuan ke Afghanistan selepas pertukaran kerajaan di negara bergolak ini.

Kami membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut sama menghulurkan sumbangan ikhlas kepada saudara Islam kita di Afghanistan.

  • Sasaran awal : RM250,000
  • 1 tajaan : RM30 atau seikhlas hati

 

  • Maklumat Bantuan :
  • 1. Barangan makanan asas
  • 2. Makanan masakan panas
  • 3. Bekalan air bersih
  • 4. Bantuan pendidikan
  • 5. Bantuan pembangunan ekonomi (Kelas Jahitan)

Lokasi bantuan : Kabul, Herat, Nangarhar, Kunduz, Balkh, Bagrami, Mazar e Syarif, Jalalabad, Paghman, Logar (Pole Alam) Afghanistan

Anggaran jumlah penerima bantuan : Lebih 6,000 pelarian dalaman (IDP) termasuk anak-anak yatim, kanak-kanak, wanita dan warga emas Afghanistan.

Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang "Donate Now"

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd".

Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Kami doakan setiap sumbangan yang diberikan menjadi saham akhirat buat anda dan keluarga serta membantu kelangsungan hidup lebih baik untuk saudara Islam di Afghanistan. Amin.


 

IKUTI KISAH PENUH MEREKA DI BUMI BERGOLAK AFGHANISTAN- Catatan SYED AZWAN SYED ALI

NOTA DARI KABUL  adalah kisah benar catatan pengalaman dan pemerhatian wartawan dan aktivitis kemanusiaan, Syed Azwan Syed Ali, selama 23 hari beliau berada di bumi bergolak Afghanistan dari 24 September hingga 16 oktober 2021. Beliau antara enam sukarelawan dalam kumpulan NGO pertama dari Malaysia (Global Peace Mission Malaysia dan Muslim Volunteer Malaysia) yang masuk ke Kabul selepas Taliban mengambil alih Afghanistan pada pertengahan ogos 2021. Benarkah wanita ditindas ? Adakah Taliban pengganas ? Ikuti jawapannya dalam buku pertama wartawan marhaen yang ditugaskan di lebih 30 negara ini.

Dapatkan sekarang disini > NOTA DARI KABUL

Inteam- Peduli Afghanistan

RM1,800 of RM100,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00