Qurban Bersama MVM

Ayuh, Daftar Korban Sekarang Sebelum Tamat Pada:

00
Hari
00
Jam
00
Minit
00
Saat
Kempen telah tamat

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

"Daging Korban Agihan Anda Kepada Mereka Memberi Seribu Makna Buat Mereka Disana.."

 

Kita tahu setiap kali tiba musim Raya Haji inilah ada golongan yang tersangat gembira kerana hanya pada musim ini sahaja mereka dapat menikmati makan sedap (daging korban).

Tahun ini MVM telah memilih negeri Kelantan untuk melaksanakan ibadah korban.

Inshaa Allah rezeki korban kali ini kita bahagikan kepada saudara terdekat (dalam Malaysia) yang masih memerlukan.

Justeru itu, dengan rasa tanggungjawab dan keprihatinan, MVM bertekad untuk meneruskan misi korban ini bagi berkongsi rezeki menikmati hidangan daging kepada mereka yang tidak berkemampuan.

Kami ingin mengajak orang ramai untuk turut serta melaksanakan ibadah korban ke dalam Kempen Korban Bersama MVM.

Agihan daging korban anda mampu buat mereka mengalas perut dengan makanan berkhasiat dan lazat.

Insha Allah.

  • 1 Bahagian Lembu = RM850
  • 1 Ekor Lembu (7 bahagian) = RM5,950

 

Segala resit, sijil, gambar & video korban kami akan berikan terus ke emel, WhatsApp anda.

 

Ayuh laksanakan ibadah korban bersama MVM. Klik butang "Donate Now"

 

Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • Reference : Korban 2024

 

Kalau ada sebarang pertanyaan boleh whatsapp 0178074337 (Puan Adawiyah)

 

LAFAZ AKAD JUAL BELI PENYERTAAN & WAKALAH (MEWAKILKAN)

Saya/Kami (Nama Peserta/Wakil Peserta) dengan ini mewakilkan kepada pihak MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA (MVM) dan/atau wakilnya untuk mengurus dan sempurnakan Ibadah Qurban dari hal niat, sembelihan dan juga agihan bagi nama-nama peserta seperti di atas pada tahun 2024 kerana Allah Taala.

 

Harapan kami

Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk menikmati hidangan daging pada hari raya Aidiladha nanti, Insha Allah.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.

Qurban Bersama MVM

Ayuh, Daftar Korban Sekarang Sebelum Tamat Pada:

00
Hari
00
Jam
00
Minit
00
Saat
Kempen telah tamat

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.