Misi Bantuan Kecemasan : Indonesia, Kita Saudara.

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Dana RM100,000 Diperlukan Segera Untuk Pembinaan Masjid Transit dan Tandas Awam Kepada Mangsa Banjir Bogor, Indonesia.

Tanah runtuh dan banjir yang disebabkan oleh hujan lebat telah menyebabkan sekurang-kurangnya 60 orang mati di sekitar ibu kota Indonesia.

Kawasan yang terjejas di bandar berhampiran Jakarta seperti Tangerang, Depok, Bekasi dan Bogor, turut mengalami banjir berikutan hujan lebat pada awal pagi tahun 2020.

Mereka yang meninggal itu antaranya mengalami hipotemia, lemas dihanyutkan arus, tertimbus akibat tanah runtuh dan terkena renjatan elektrik.

Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dalam satu kenyataan menyatakan antara punca banjir itu adalah hujan lebat ekstrem yang mencatatkan bacaan 377 milimeter (mm), sedangkan rekod tertinggi pada 2007 mencatatkan bacaan 340 mm. (Sumber Berita awani)

Oleh itu, objektif misi ini dijalankan adalah untuk menghantar bantuan pemulihan di sana kerana kami sedia maklum bahawa terdapat banyak kerosakan dan kemusnahan yang berlaku disebabkan banjir tersebut.

Antara bantuan yang kami akan bantu adalah pembinaan masjid sementara dan tandas awam.

Kawasan penempatan sementara mangsa banjir

Misi ini adalah kerjasama diantara Muslim Volunteer Malaysia dan rakan NGO Indonesia iaitu Aksi Cepat Tanggap (ACT).

Jenis Bantuan :

  • Pembinaan masjid sementara (RM100 per tajaan)
  • Pembinaan tandas awam (RM100 per tajaan)

Tajaan umum : RM30 atau Seikhlas hati

Sasaran jumlah keseluruhan : RM 100,000.00

Klik butang "DONATE NOW" untuk hulurkan sumbangan
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648-0164-7699
  • CIMB Islamik : 8602 5378 07
  • Bank Islam : 1230 0010 0030 65
  • Reference : Bantuan Banjir Indonesia
  • Email : account@mvm.org.my

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd." 

Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Nota : Sekiranya anda ingin menaja 1 buah masjid, boleh hubungi wakil MVM

Untuk Pertanyaan Lanjut tentang kempen ini, sila hubungi:

  • Wakil MVM  - 012 235 6854 (Adawiyah)
  • HQ MVM - 03 8074 0434

Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk menyumbang mana-mana tajaan diatas, kami juga menerima sumbangan seikhlas hati atau hanya bantu "share" kempen ini. Ia amat bermakna buat saudara Indonesia yang mengharapkan belas ihsan kita semua.

Kami berdoa agar Allah swt membuka hati rakyat Malaysia untuk terus membantu saudara Islam yang menderita seluruh dunia ini.

Doakan kita sama-sama berpeluang menuai pahala di akhirat kelak. Amin.

Misi Bantuan Kecemasan : Indonesia, Kita Saudara.

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.