[ LAST CALL!!! ]
Peluang Terakhir Untuk Rebut Pahala
Bantu Saudara Di Syria
Sekali lagi tahun ini akan menjadi satu mimpi ngeri yang lebih dahsyat buat pelarian Syria yang menetap di kem-kem pelarian. Ini kerana mereka bukan sahaja akan menghadapi musim sejuk, malah musim sejuk kali ini berada dalam bulan puasa Ramadan.
"Tiada bekalan makanan yang cukup."
"Tiada bekalan arang dan pemanas yang cukup."
"Tiada baju sejuk, kasut, stokin tebal, selimut dan tilam yang cukup."
Ia adalah satu mimpi ngeri dan penderitaan setiap tahun yang ramai antara kita masih tidak sedar dan ambil peduli untuk bantu saudara Islam Syria.
Alhamdulillah, kali ini telah masuk tahun ke-6 MVM menganjurkan Misi Bantuan Musim Sejuk ke Syria.
Semoga lagi banyak rumah, sekolah, makanan, keperluan asas dan fasiliti-fasiliti lain dapat diagihkan kepada mereka.
Terima kasih kepada penyumbang yang sudi menyumbang kepada saudara kita di Syria, kita telah berjaya menubuhkan perkampungan bagi mereka untuk tinggal dengan lebih selesa.
Berkat dari sumbangan kalian, Alhamdulillah mereka dapat mengalas perut sementara menunggu musim sejuk berakhir. Mereka juga tidak lagi kesejukan menggigil akibat memakai baju nipis dan stok bahan bakar yang tidak mencukupi. Dan semoga kita dapat bantu lagi ramai saudara disana untuk mendapatkan bekalan musim sejuk yang mencukupi dan juga dapat tempat berteduh yang lebih selesa berbanding sebelumnya. Inshaa Allah, jika dana masih berterusan seperti biasa, kita akan menghulurkan bantuan keperluan ini secara berterusan.
Musim sejuk sudah tidak lama akan kembali lagi.
Bagaimana pula nasib mereka yang masih tinggal dibawah khemah usang untuk hadapi ribut salji kelak?
Perkara yang selalu bermain diminda kami apabila memikirkan pelarian Syria ini yang dilanda musim sejuk setiap tahun,
"Bagaimana keadaan khemah usang saudara Syria apabila dilanda musim sejuk tahun ini ?"
"Masih elokkah pakaian sejuk mereka?"
"Masih cukupkah bekalan makanan mereka?"
"Masih adakah minyak petrol atau kayu api untuk pemanas mereka?"
Bantuan selimut dan tilam-tilam tebal sangat diperlukan untuk keselesaan mereka dimusim sejuk ini apatah lagi suhu yang sangat sejuk di waktu malam. Dijangkakan pula, fenomena musim sejuk 2022-2023 ini adalah diluar jangkaan (lebih sejuk dari musim sejuk tahun sebelumnya).
Mereka juga amat memerlukan minyak petrol atau kayu api untuk digunakan bagi menghidupkan pemanas dalam khemah. Tidak cukup dengan alas baju sejuk, mereka juga memerlukan haba tambahan lebih-lebih lagi pada waktu malam seperti yang diketahui sejuk diwaktu malam amatlah tidak terkawal suhunya.
Anak-anak pelarian ini ada yang menderita "frostbite" iaitu jari kaki atau tangan menjadi buruk membeku akibat cuaca terlampau sejuk dan tiada baju sejuk, kasut, dan stokin yang elok. Ada anak-anak pelarian yang hanya memakai selipar atau berkaki ayam dalam keadaan suhu mencecah -6 darjah celcius !
Atas rasa tanggungjawab dan kasih sayang, kami di Muslim Volunteer Malaysia (MVM) bekerjasama dengan Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM) bagi meneruskan bantuan musim sejuk dan Ramadan.
Lokasi yang kami akan berikan bantuan kali ini adalah di Kem-kem Pelarian Jordan.
- Kem Pelarian Mafraq
- Urban Refugess, Irbid
- Dar Al Attaq Foundation
- Jordanian Edudreams
Delegasi bantuan MVM dan KHOM dijangka akan berlepas ke Jordan pada 9-15 Januari 2023 ini.
Jadi, kami amat perlukan sokongan anda untuk sama-sama kita mencapai sasaran sumbangan agar segala gerak kerja dan barangan bantuan berjaya disampaikan dengan lancar. In sha Allah.
Kami membuka peluang dan mohon bantuan rakyat Malaysia untuk kita sama-sama meringankan bebanan dan penderitaan saudara Syria tahun ini.
Maklumat Bantuan :
Sasaran : RM500,000
Tajaan Umum : RM50 atau seikhlas hati
Tarikh tutup sumbangan : 15 Januari 2023
Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"
Anda juga boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no. akaun bank di bawah :
- Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
Maybank : 5648-0164-7699
Reference : Winter Syria
IN SHA ALLAH, bantuan anda ini dapat memberi manfaat kepada pelarian Syria disebelah Jordan untuk menghadapi musim sejuk tahun ini.
Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk menyumbang mana-mana tajaan diatas, kami juga menerima sumbangan seikhlas hati atau hanya bantu "share" kempen ini. Ia amat bermakna buat saudara Syria yang mengharapkan belas ihsan kita semua.
Kami berdoa agar Allah swt membuka hati rakyat Malaysia untuk terus membantu saudara Islam yang menderita seluruh dunia terutamanya Syria ini.
Doakan kita sama-sama berpeluang menuai pahala di akhirat kelak. Amin.