Bantu Saudara Di Syria dan Palestin
Selepas bertahun-tahun terkurung dalam konflik peperangan yang menyedihkan, akhirnya kita melihat secercah cahaya harapan bagi rakyat Syria. Apabila negara tersebut merdeka dan bebas daripada pemerintahan diktator, rakyat Syria mula kembali ke tanah air dan pulang ke rumah masing-masing.
Saudara-saudara kita disana telah melalui penderitaan yang tak terhitung. Ribuan nyawa melayang, jutaan orang terlantar tanpa tempat tinggal dan fasiliti asas. Kanak-kanak kehilangan zaman kanak-kanak mereka, terpaksa menyaksikan keganasan dan kehilangan keluarga.
Keperluan asas seperti makanan, pakaian, perumahan dan rawatan perubatan amat mendesak bagi membantu masyarakat yang trauma dan terjejas teruk akibat peperangan.
Ia adalah satu mimpi ngeri dan penderitaan setiap tahun yang ramai antara kita masih tidak sedar dan ambil peduli untuk bantu saudara Islam Syria.
Alhamdulillah, kali ini telah masuk tahun ke-9 MVM menganjurkan Misi Bantuan Musim Sejuk ke Syria dan kami juga akan mengagihkan bantuan Musim Sejuk ke Palestin.
Semoga lagi banyak makanan, rumah, keperluan asas dan fasiliti-fasiliti lain dapat diagihkan kepada mereka.
Terima kasih kepada penyumbang yang sudi menyumbang kepada saudara kita disana.
Berkat dari sumbangan kalian, Alhamdulillah mereka dapat mengalas perut sementara menunggu musim sejuk berakhir. Mereka juga tidak lagi kesejukan menggigil akibat memakai baju nipis dan stok bahan bakar yang tidak mencukupi.
Dan semoga kita dapat bantu lagi ramai saudara disana untuk mendapatkan bekalan musim sejuk yang mencukupi dan juga dapat tempat berteduh yang lebih selesa berbanding sebelumnya.
Inshaa Allah, jika dana masih berterusan seperti biasa, kita akan menghulurkan bantuan keperluan ini secara berterusan.
Anak-anak pelarian ini ada yang menderita "frostbite" iaitu jari kaki atau tangan menjadi buruk membeku akibat cuaca terlampau sejuk dan tiada baju sejuk, kasut, dan stokin yang elok. Ada anak-anak pelarian yang hanya memakai selipar atau berkaki ayam dalam keadaan suhu mencecah -6 darjah celcius !
Atas rasa tanggungjawab dan kasih sayang, kami di Muslim Volunteer Malaysia (MVM) meneruskan bantuan musim sejuk dan Ramadan.
Jadi, kami amat perlukan sokongan anda untuk sama-sama kita mencapai sasaran sumbangan agar segala gerak kerja dan barangan bantuan berjaya disampaikan dengan lancar. In sha Allah.
Kami membuka peluang dan mohon bantuan rakyat Malaysia untuk kita sama-sama meringankan bebanan dan penderitaan saudara Syria tahun ini.
Maklumat Bantuan :
Sasaran fasa 1 : RM300,000
Tajaan Umum : RM50 atau seikhlas hati
Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"
Anda juga boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no. akaun bank di bawah :
- Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
Maybank : 5648-0164-7699
Reference : Winter Syria & Palestin
IN SHA ALLAH, bantuan anda ini dapat memberi manfaat kepada saudara Syria dan Palestin untuk menghadapi musim sejuk tahun ini.
Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk menyumbang mana-mana tajaan diatas, kami juga menerima sumbangan seikhlas hati atau hanya bantu "share" kempen ini. Ia amat bermakna buat saudara Syria yang mengharapkan belas ihsan kita semua.
Kami berdoa agar Allah swt membuka hati rakyat Malaysia untuk terus membantu saudara Islam yang menderita seluruh dunia terutamanya Syria ini.
Doakan kita sama-sama berpeluang menuai pahala di akhirat kelak. Amin.
21 Januari 2025, MVM berjaya masuk ke Syria
Lokasi bantuan #1
- Nama tempat: Babul Hadith Akyul, Aleppo, syria.
- Agihan: 200 kotak barangan kebersihan diri
Lokasi bantuan #2:
- Nama tempat: Arqub, Aleppo
- Agihan: 700 pek set baju sejuk
Jenis barang: pakaian musim sejuk baru mengikut kategori umur & gender iaitu:
- budak & dewasa
- Baju tshirt kanak-kanak & dewasa
- Seluar kanak-kanak & dewasa
- Baju sejuk
Kotak barangan kebersihan diri
- Jumlah pek: 1000 kotak
Jumlah besar penerima: 5000 orang
Tonton video agihan bantuan kepada saudara Syria kita :
https://youtu.be/_Bu3ydtnAdU?si=SvU0tDY2GKFnaoJL
Bantuan khas Ramadan Syria 2024.
The distribution was exclusively for widows and orphans.
130 food baskets were distributed in Jabal al-Zawiya, Idlib, Syria. (RED ZONE)
Winter Mission 7.0
Lokasi bantuan : Irbid, Mafraq & Amman
Irbid : Edu Dream
1. School pack (bag, stationary, book) – 45 student
2. Hot meal – 85 pack
2. Food parcel – 85 pack
3. Hygine kit – 85 pack
4. Winter clothes – 30 keluarga
Mafraq : Child Care Charity Association (CCCA)
6 Kem Pelarian : Al-Manara, Al-Zumlah, Muthallath Hammoudah, Ad-Dufyah, Kum Arraf, Ghadir Al-Naqah.
1. Hot meal – 350 pack
2. Food parcel – 500 unit
3. Hygine kit – 500 unit
4. Heater & gas – 430 unit
5. Winter clothes (kids) – 140 orang (25 dinar seorang)
6. Winter clothes + toys (adult & kids) – 150 orang
Amman : Dar Al Atta (Orphanage House)
1. Food parcel – 25 pack
Jumlah keluarga dibantu : 615 keluarga
Jumlah individu dibantu : 710 orang