“1,099 kes bunuh diri sejak 2020 hingga Mei 2021” - Laporan PDRM
Isu penyakit mental masyarakat makin meruncing dan jumlah sebenar kes bunuh diri mungkin lebih daripada yang dikesan. Berdasarkan kajian di US, untuk setiap kes bunuh diri, terdapat lebih 30 kes cubaan membunuh diri dan lebih 90% individu yang cuba membunuh diri mempunyai penyakit mental.
Sumber gambar : Astro Awani
Berdasarkan kenyataan PDRM, punca utama kes bunuh diri adalah masalah keluarga, tekanan perasaan dan kewangan. Menjelang PKPD di Selangor esok hari, saya menganggar kes tekanan perasaan akan meningkat dengan lebih mendadak.
Mereka yang mempunyai tekanan perasaan perlu dibawa berjumpa ahli profesional secepat mungkin. Risiko cubaan membunuh diri perlu dinilai, sama ada dimasukkan ke wad, dimulakan ubatan atau berjumpa ahli psikologi bagi menjalankan terapi tingkah laku kognitif.
Sumber gambar : Bernama Official
Pada masa yang sama, kita tahu doktor-doktor di Hospital Kerajaan pula sedang bertarung dengan lambakan kes COVID-19. Doktor Psikiatri kini dipinjamkan ke wad-wad lain bagi menjaga pesakit COVID-19 yang terlalu ramai. Ada juga yang dikerah untuk membantu Program Vaksinasi.
Petugas barisan hadapan sudah lebih 1 tahun bertarung, cuti dibekukan, bebanan kerja yang bertambah, tekanan emosi dan fizikal menyebabkan mereka ‘burnout’.
Atas rasa prihatin dan tanggungjawab, MVM melancarkan Tabung Projek Salam MVM x Jiwadamai bagi membantu masyarakat yang mengalami tekanan hidup dan kecelaruan emosi akibat pandemik Covid-19 supaya bantuan psikososial dan terapi kesihatan mental dapat dijalankan dengan kadar segera bagi mengawal risiko kesan yang lebih memudaratkan berlaku.
Projek Salam MVM X Jiwadamai ini adalah satu projek kerjasama antara Muslim Volunteer Malaysia dengan Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai.
Tujuan utama projek ini diadakan adalah untuk membantu masyarakat tidak berkemampuan yang mengalami tekanan agar mereka tidak terpinggir dan mendapat bantuan psikososial serta menerima terapi kesihatan mental yang sewajarnya bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam waktu yang sukar ini.
Menurut National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019, kadar kemurungan dalam kalangan orang dewasa di Malaysia adalah 8.8% daripada masyarakat luar bandar dan 9.7% daripada individu dewasa yang mengalami kemurungan ini adalah golongan B40.
Peratusan kemurungan ini menjadi bertambah membimbangkan apabila pandemik Covid-19 melanda negara kita dimana semakin banyak kes bunuh diri dilaporkan setiap hari.
Punca utama adalah tekanan hidup akibat ekonomi yang merudum sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Sebagai inisiatif tambahan, MVM dan Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai juga mengambil inisiatif ini untuk menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat awam terhadap isu-isu kesihatan mental yang melibatkan golongan dewasa dan kanak-kanak melalui sesi Live di platform sosial media.
Maklumat Bantuan :
Golongan sasaran :
- Golongan B40 (dewasa & kanak-kanak)
- Golongan M40 (hilang punca pendapatan)
- Petugas barisan hadapan (frontliners)
- Pelajar
Jenis Bantuan & Program :
Rawatan Terapi Dewasa :
- Saringan kesihatan mental dewasa
- Servis konsultansi dan psikoterapi kesihatan mental dewasa
- Bantuan ubat
Rawatan Terapi Kanak-kanak :
- Servis konsultansi dan psikoterapi kesihatan mental kanak-kanak
- Saringan dan terapi masalah pertuturan kanak-kanak
- Saringan dan terapi masalah perkembangan kanak-kanak (Autism, ADHD etc)
- Kelas Intervensi Awal untuk masalah perkembangan kanak-kanak
- Bantuan ubat
Program kesedaran atau Kursus pencegahan masalah kesihatan mental masyarakat secara online :
- Token sagu hati ahli professional untuk memberi ceramah atau kursus pencegahan kesihatan mental
- Token sagu hati jemputan perkongsian daripada “survivor pesakit mental” atau individu yang berkaitan
Sasaran dana : RM 20,000 / sebulan
Jumlah keseluruhan dana (10 bulan) : RM200,000
- 1 Tajaan Umum = RM30 sahaja atau seikhlas hati
Klik butang "donate" untuk menghulurkan sumbangan ikhlas anda.
Anda boleh juga menyumbang di akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :
- Maybank : 5648-0164-7699
- CIMB Islamik : 8602 5378 07
- Bank Islam : 1230 0010 0030 65
- Email : account@mvm.org.my
- Reference : Salam Jiwadamai
*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi Online Banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis "Merchant Name : Billplz Sdn. Bhd".
Web Impian Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan "Payment Gateaway Billplz" yang digunakan oleh Muslim Volunteer Malaysia.
Kami amat berharap bantuan anda dan rakyat Malaysia yang tengah membaca kempen ini sudi untuk sama-sama membantu meringankan bebanan bagi mereka yang memerlukan.
Semoga Allah swt membuka hati kita semua untuk mempermudahkan segala urusan perubatan mereka supaya dapat memudahkan aktiviti seharian mereka dan sihat demi kehidupan yang lebih baik. Amin.