Pusat Islam Untuk Filipina

Ayuh, Kempen ini akan berakhir dalam:

00
Hari
00
Jam
00
Minit
00
Saat
Kempen telah tamat
RM0 of RM20,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00

Bina Pusat Islam Untuk Komuniti Muslim di Mandaluyong.

 

Di sebalik kesibukan kota Manila, terdapat komuniti Muslim yang terus berusaha menjaga solat, mempelajari agama dan membina kehidupan sebagai sebuah komuniti.

Namun, di Parklea, Mandaluyong City, Filipina, komuniti Muslim setempat berdepan kekangan besar kerana ketiadaan masjid yang sempurna dan mudah diakses.

Ruang solat yang digunakan pada ketika ini amat terhad — hanya sekitar 10 x 10 kaki dan mampu memuatkan kira-kira 20 hingga 25 orang sahaja. Akses yang terhad juga menyukarkan sebahagian komuniti untuk menunaikan solat berjemaah setiap hari, termasuk solat Subuh.

Lebih membimbangkan, ruang sedia ada tidak mampu menampung jemaah untuk solat Jumaat, yang memerlukan kapasiti lebih besar daripada jumlah jemaah yang ada. Pada masa yang sama, terdapat risiko premis semasa dijual, yang boleh menyebabkan komuniti Muslim kehilangan satu-satunya ruang ibadah yang mereka gunakan.

 

Masjid bukan sekadar tempat solat

 

Atas keperluan inilah, sebuah Masjid dan Islamic Community Centre dicadangkan untuk dibangunkan di Parklea, Mandaluyong City.

Pusat ini bukan sahaja akan menjadi tempat ibadah yang lebih selesa dan kekal, tetapi juga menjadi ruang untuk komuniti Muslim berkumpul, belajar dan saling membantu.

Antara fungsi yang dirancang ialah:

  • Menyediakan tempat ibadah yang mudah diakses dan kekal untuk komuniti Muslim minoriti.
  • Menjadi tempat solat bagi pekerja Muslim dan para pengguna pengangkutan yang bekerja di Mandaluyong serta kawasan perniagaan berdekatan.
  • Menyediakan ruang untuk solat Jumaat, pendidikan Islam, bimbingan agama dan program komuniti.
  • Menjadi pusat kebajikan, bantuan kemanusiaan dan sokongan sosial kepada mereka yang memerlukan.
  • Membina hubungan yang lebih baik antara komuniti Muslim dengan masyarakat setempat serta menggalakkan keharmonian sosial.

Bantu bina sebuah rumah Allah

 

Bagi kita, sebuah masjid mungkin kelihatan seperti sebuah bangunan.

Tetapi bagi komuniti Muslim di Mandaluyong, ia adalah tempat untuk bersujud, tempat anak-anak belajar mengenal agama, tempat masyarakat berkumpul dan tempat sebuah komuniti mempertahankan kehidupan Islam mereka.

MVM membuka ruang kepada anda untuk bersama-sama menyokong usaha ini.

Sumbangan anda akan membantu merealisasikan sebuah pusat Islam yang lebih selamat, selesa dan berdaya guna untuk komuniti Muslim di Mandaluyong — bukan hanya untuk hari ini, tetapi untuk generasi yang akan datang.

Mari bersama bina sebuah rumah Allah dan tinggalkan manfaat yang terus mengalir untuk ummah.

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya.

Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"

 Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan   sumbangan di dalam no.akaun bank di bawah :

  • Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
  • Maybank : 5648 0164 7699
  • Reference : Pusat Islam

 

Sekiranya anda masih belum berkesempatan untuk menyumbang mana-mana tajaan diatas, kami juga menerima sumbangan ikhlas hati atau hanya bantu "share" kempen ini. Ia amat bermakna buat saudara Syria yang mengharapkan belas ihsan kita semua.

 

 

 

 

 

 

 

Pusat Islam Untuk Filipina

Ayuh, Kempen ini akan berakhir dalam:

00
Hari
00
Jam
00
Minit
00
Saat
Kempen telah tamat
RM0 of RM20,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM30.00