Istiqbal Ya Ramadan (Menuju Ramadan)

Ayuh, Sumbang Sekarang Sebelum Ramadan Berakhir Dalam :

RM580 of RM30,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM10.00

Bulan Persiapan Diri Menuju Ramadan

 

Bagi masyarakat Islam, kehadiran Rejab ibarat latihan awal untuk 'memanaskan enjin' sebelum memasuki Ramadan kelak. Rejab diibaratkan sebagai fasa membajak tanah iaitu permulaan usaha membersihkan hati dan jiwa serta mempersiapkan diri untuk memasuki bulan berikutnya.

Seterusnya, Syaaban menjadi fasa menyemai yang amalan kebaikan diperbanyakkan dan benih keimanan serta ketakwaan ditingkatkan seiring kesungguhan sebagai persediaan menyambut Ramadan.

Ramadan pula adalah fasa menanam yang segala usaha yang dimulai pada bulan sebelumnya diperkukuhkan melalui ibadah puasa, solat, zikir, membaca al-Quran, bersedekah dan pelbagai amal saleh.

Akhirnya, Syawal menjadi fasa menuai apabila umat Islam meraih ganjaran atas usaha dan amalan yang dilakukan sepanjang bulan itu disertai kegembiraan dan kesyukuran yang melambangkan kejayaan memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah SWT serta menjadi insan yang bertakwa.

Dengan itu, latihan sedikit demi sedikit bermula daripada Rejab dalam bentuk amalan sunat, sama ada puasa, zikir, baca al-Quran, solat sunat dan amal kebajikan lain dilengkapkan lagi pada Ramadan dengan amalan wajib serta sunat.

"Amalan yang paling dicintai oleh Allah ialah amalan yang dilakukan secara konsisten oleh pelakunya walaupun sedikit." (Hadis Riwayat Muslim, no hadis: 1156)

Dipetik dari Penulis Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Sumbangan yang terkumpul akan diagihkan kepada keluarga miskin bandar dan asnaf yang terpilih. Jenis sumbangan adalah barangan asas yang akan diagihkan sebelum Ramadan bagi persiapan mereka menyambut bulan puasa.

Konsistenkan amalan sedekah anda. Klik butang "Donate Now"

Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia berikut :

  • Maybank : 5648 0164 7699
  • Reference : Infaq Menuju Ramadan

 

Harapan kami

Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.

Istiqbal Ya Ramadan (Menuju Ramadan)

Ayuh, Sumbang Sekarang Sebelum Ramadan Berakhir Dalam :

RM580 of RM30,000 raised
RM
Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM10.00