Sinar Ramadan & Syawal
Ramadan 2024 kali ini, kami di MVM membuka kempen Sinar Ramadan & Syawal. Sumbangan kali ini merangkumi bulan Ramadan dan juga Syawal.
Inshaa Allah ramadan tahun ini MVM fokus kepada anak-anak miskin bandar yang tinggal di PPR di sekitar Lembah Klang dan penduduk di Perak.
Dalam Ramadan, keistimewaan bulan yang mulia bukanlah hanya pada ibadah puasa semata-mata. Sepanjang bulan ini kita diberikan peluang untuk memperbaiki diri dan meningkatkan hubungan dengan Allah SWT.
Memberi makan orang yang berbuka puasa adalah salah satu amalan yang sangat ditekankan dalam Islam. Dalam hidangan yang disediakan, terdapat pahala yang besar yang dikurniakan.
Kempen Sinar Ramadan & Syawal ini merangkumi :
- Pek berbuka puasa harian kepada anak-anak di PPR sekitar Lembah Klang (set hidangan lengkap bernutrisi)
- Jamuan hari raya untuk keluarga di PPR sekitar Lembah Klang
- Duit raya untuk anak-anak di PPR sekitar Lembah Klang
- Gotong-royong bubur lambuk di Perak
- Pek barangan asas
- Jamuan berbuka puasa
Jamuan hari raya dan agihan pek barangan asas di Nilai
Jamuan hari raya dan agihan pek barangan asas di Nilai
Bulan yang dirindukan ini juga memberi kesempatan kepada kita untuk bersedekah dengan memberi makan orang yang berbuka puasa.
Sekecil-kecil sumbangan yang diberikan, pasti akan memberikan manfaat yang besar kepada orang yang memerlukannya.
Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"
Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no. akaun bank di bawah :
|
Harapan kami
“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat." (HR Muslim)
Mereka di sana berjuang dan berjihad demi Islam, kita disini juga boleh berjihad dengan cara meringankan beban mereka dengan alternatif ini. Semoga Allah swt melihat setiap perjuangan hambaNya ini, Inshaa Allah.
Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyakkan sedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.