SANTUNI KOMUNITI ORANG ASLI
DI TASIK BANDING, PERAK.
Volunteer MVM (Kak Yan) kali ini akan menyantuni komuniti orang asli di Kampung Tebang Baru, Tasik Banding, Gerik, Perak.
Komuniti orang asli di Kampung Tebang Baru terdiri dari 36 keluarga dan dianggarkan seramai 150 orang penduduk. Mereka disini 90% adalah beragama Islam.
Di kampung tersebut tiada kemudahan surau lengkap untuk mereka berjemaah. Malah lapangan untuk mereka melakukan aktiviti komuniti juga tiada disana.
Sebelum covid lalu, Kak Yan telah kesana untuk bantu mendirikan surau kecil bagi kemudahan mereka. Akan tetapi surau tersebut tergendala apabila PKP dikuatkuasa (pekerja dari luar kampung tersebut yang diupah tidak dapat datang bekerja).
Majoriti komuniti orang asli disini mencari hasil sumber pendapatan dengan menjual akar kayu, dan hasil hutan. Jadi mereka tidak cukup wang untuk teruskan pembinaan surau tersebut.
Jadi kami di MVM sedaya upaya untuk membantu menyiapkan dan melengkapkan surau kecil di kampung Tebang Baru agar mereka boleh menjadikan surau tersebut untuk solat berjemaah, pengajian agama dan beraktiviti komuniti.
In sha Allah, dengan bantuan surau ini akan memberi manfaat seramai 150 penduduk termasuk dewasa dan kanak-kanak.
Keadaan surau yang masih lagi tidak siap
Tandas diluar surau yang terbengkalai
Lantai separuh siap dan atap zink bocor ditimpa dahan pokok mengakibatkan banjir didalam surau apabila hujan melanda
Kenapa Bantu Orang Asli?
- Komuniti orang asli merupakan antara komuniti yang terpinggir dari segi bantuan kewangan, fasiliti, makanan dan sebagainya. Tiada sumber pendapatan yang cukup dan tetap.
- Anak-anak orang asli masih jauh ketinggalan dalam pelajaran akademik dan juga pendidikan agama Islam (bagi muslim).
- Masih kekurangan pendedahan ilmu asas agama Islam bagi keluarga Muslim.
Maklumat Bantuan :
- Pembangunan sebuah surau kecil disertai tandas dan 1 bilik untuk ustaz yang datang mengajar dapat bermalam disitu.
- Pembesar suara untuk mereka melaungkan azan
- Al- Quran
- Sejadah dan beberapa helai telekung solat
Maklumat Sumbangan :
- Sasaran : RM16,000
- Tajaan Umum : RM20 atau seikhlas hati
Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"
Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no. akaun bank di bawah : • Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia •Maybank : 5648-0164-7699 •Reference : Surau Orang Asli |
Â
Harapan kami
“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat." (HR Muslim)
Marilah sama-sama kita mendoakan agar mereka semua tabah menghadapi ujian ini. Inshaa Allah, Allah swt akan menggantikan dengan yang lebih baik lagi.