Langgan Newsletter Kami
Dapatkan kisah inspirasi misi kemanusiaan aktiviti sukarelawan dan bagaimana anda boleh berbakti bersama kami.
Progres Bantuan Ubat-Ubatan di Gaza oleh rakan kerjasama MVM di Gaza.
Bantuan ubat-ubatan bahan pakai habis (bantuan fasa 1) oleh MVM sedang diusahakan untuk dihantar ke jabatan kecemasan Hospital Dar As-Salam, iaitu satu-satunya hospital di Gaza yang mempunyai wad kanser. Hospital ini terletak di Khan Yunis selatan Gaza.
Di hospital ini terdapat orang awam yang cedera dan kakitangan perubatan masih berusaha menyediakan bantuan perubatan walaupun dengan kapasiti terhad.
Untuk pengetahuan, edaran bantuan ubat-ubatan kepada orang awam yang cedera bukanlah mudah dalam keadaan sekarang.
Hari ini, serangan bertalu-talu ke atas Israel dimulakan kumpulan pejuang yang bertapak di Gaza.
Menurut jurucakap pejuang, tujuan dilancarkan serangan ialah, "Untuk membalas semula kekacauan yang dilakukan oleh para penjajah ke atas Masjid al-Aqsa selama ini."
Mereka berjuang berhabis-habisan dibumi Gaza sekarang ini.
Israel juga telah membalas dendam dan melepaskan bom untuk memusnahkan masjid dan penempatan.
Atas rasa tanggungjawab dan jihad sebagai umat Islam, kami di Muslim Volunteer Malaysia (MVM) bekerjasama dengan MyAqsa Defender akan menggerakkan dana kecemasan ini secepat yang mungkin bagi kegunaan kecemasan penduduk di Palestin sekarang.
Dana akan digunakan untuk :
*** Tajaan Umum: Dana akan digunakan mengikut keperluan semasa di Palestin.
Apa yang dilakukan pejuang kita hari ini bukan sahaja mengejutkan musuh, malah seluruh dunia.
Kebebasan Palestin akan tiba tidak lama lagi. Teruskan berjuang dengan kemampuan masing-masing.
Mereka telah mengorbankan segalanya untuk kebebasan Palestin.
Kini giliran kita bertindak memainkan peranan, memastikan makanan mereka cukup dan menyediakan keperluan perubatan.
Maklumat Bantuan :
Hulurkan sumbangan anda, klik butang "Donate Now"
Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan transaksi di atas talian, anda boleh terus menyalurkan sumbangan di dalam no. akaun bank di bawah :
|
“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah SWT akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat." (HR Muslim)
Mereka di sana berjuang dan berjihad demi Islam, kita disini juga boleh berjihad dengan cara meringankan beban mereka dengan alternatif ini. Semoga Allah swt melihat setiap perjuangan hambaNya ini, Inshaa Allah.
Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyakkan sedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita diakhirat nanti.