Tabung SYRIA “MVM Rayu Bantuan Kilat RM 200,000 Untuk Pembelian Ambulans di Syria.”

RM200,050 of RM200,000 raised
RM

Jumlah Sumbangan

Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM50.00

Tabung SYRIA “MVM Rayu Bantuan Kilat RM 200,000 Untuk Pembelian Ambulans di Syria.”

Pergolakan di Syria bagai tiada penghujungnya. Rakyat Syria terus bermandi darah disebabkan oleh keangkuhan dan kekejaman pemimpin Rejim Assad. Syukur ke hadrat Illahi banyak kempen-kempen kesedaran dan bantuan dianjurkan dari seluruh dunia termasuk kami di Muslim Volunteer Malaysia bagi membantu menyelamatkan mangsa peperangan ini daripada kebuluran, kesejukan dan kesakitan.

Baru-baru ini Presiden Muslim Volunteer Malaysia, Muhammad bin Jantan sekali lagi telah menghadiri pembentangan Unity Convoy bagi menghantar bantuan ambulans dari UK ke Syria bersama Malaysia Lifeline for Syria (MLLFS), Tangisan Syria di Bumi Jordan, Majlis Belia Malaysia, One Moment for Them, Misi Medis Suriah (Indonesia), Alkhair Foundation (UK), Humanity Heroes dan MyCorps.

Unity Convoy adalah satu inisiatif oleh Human Aid UK, sebuah badan kebajikan kemanusiaan antarabangsa. Projek Unity Convoy ini adalah bertujuan untuk menghantar 100 buah ambulans dan kelengkapan perubatan konvoi dari UK ke Syria. Bagi menjayakan projek ini, Human Aid UK telah mengumpul badan-badan kebajikan seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

In sha Allah, Unity Convoy Malaysia dengan usahasama oleh Malaysia Life line for Syria, Muslim Volunteer Malaysia, dan Tangisan Syria di Bumi Jordan meletakkan target untuk menghantar 10 buah ambulans dan 2 buah daripadanya adalah sumbangan melalui Muslim Volunteer Malaysia sendiri.

Maklumat Perjalanan :

Unity Convoy Malaysia dijangka menghantarkan bantuan ambulans pada 20 April 2017. Konvoi ini dijangka akan mengambil masa selama 10-13 hari perjalanan. Ia dijangka tiba di Syria pada 3 Mei 2017.

Bagi menjayakan projek Unity Convoy Malaysia, kami di MVM membuka peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk turut sama menjadi sebahagian daripada projek ini dengan mengambil peluang membuat sumbangan/tajaan bagi pembelian ambulans.

Maklumat Tabung SYRIA “Untuk Pembelian Ambulans Untuk Syria.”

  • Sasaran : RM 100,000 x 2 buah ambulans
  • Jumlah sasaran : RM 200,000
  • 1 tajaan : RM 50 untuk 1 bahagian
  • Tarikh kutipan dibuka : 18 Mac 2017
  • Tarikh kutipan ditutup : 15 April 2017

Sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

  • Maybank Malaysia Berhad (56480 164 7699)
  • CIMB Islamik (8602 5378 07)
  • Bank Islam (1230 0010 0030 65)
  • Email : untukmusyria.mvm@gmail.com

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat, anda boleh membuat tajaan/sumbangan di link berikut :

Maklumat lanjut:

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434 / Yazid 013-588 2796

*Penting : Selepas sumbangan dibuat, mohon slip ke untukmusyria.mvm@gmail.com

Jika anda tidak dapat membantu dalam wang ringgit, anda boleh bantu dengan “share” post ini.

Semoga ramai yang dapat membantu dan sama-sama turut serta dalam kempen ini.

Semoga Allah meletakkan setiap sen yang dihulurkan akan diberkati oleh-Nya. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin

Tabung SYRIA “MVM Rayu Bantuan Kilat RM 200,000 Untuk Pembelian Ambulans di Syria.”

RM200,050 of RM200,000 raised
RM

Jumlah Sumbangan

Caj Transaksi Payment Gateway .
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM50.00